28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sekarang Saya Mahu Cipta Yang Terbaik Untuk Versi Lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0’ – Ajai

    Shopee Sale

    Komposer terkenal Ajai memberikan respon berhubung kritikan mengenai lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang telah diberi nafas baharu.

    Artikel Berkaitan: Ajai Setuju AJL Kembalikan Tiga Kategori Utama, Dapat Didik Erti Sebenar Muzik Pop

    Respon Ajai

    Ketika ditemui Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 51, menyifatkan komen-komen yang diterima sebagai lumrah dalam bidang seni.

    Pada saya itulah hiburan. Dalam perkataan hiburan itu terbahagi kepada hiburan yang mendengar, hiburan yang suka dan hiburan yang tidak suka.

    Hiburan yang tidak suka ini pun hiburan juga kerana mereka terhibur dengan benda yang mereka tidak suka.

    Menurut Ajai, dia sama sekali tidak mengambil pusing dengan pandangan negatif terhadap lagu tersebut.

    Saya tidak terasa hati sebab mereka belum nampak lagi penyanyi-penyanyi ini menyanyi secara langsung.

    Apabila mereka nampak visual penyanyi-penyanyi ini menyanyi secara langsung, barulah mereka tahu bagaimana bahagian itu dinyanyikan.

    Selaku komposer lagu tersebut, Ajai percaya dengan bakat besar yang dimiliki oleh Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera dan Aisha Retno.

    Mengenai cara nyanyian yang dibawakan oleh mereka, Ajai memaklumkan bahawa keempat-empat penyanyi berkenaan mempunyai pendekatan tersendiri untuk mewarnai lagu tersebut agar tampil dengan kelainan berbanding versi asal.

    Kalau kita mengharapkan mereka menyanyi mengikut cara lama, dan cuba pula penyanyi lama menyanyi dengan cara baharu, mungkin mereka juga akan kelihatan janggal.

    Saya tidak kekalkan apa yang ada pada versi pertama untuk dibawa kepada nombor dua.

    Bagi saya, versi pertama sudah yang terbaik. Jadi sekarang saya mahu cipta yang terbaik untuk versi kedua.

    Ajai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu tersebut yang berlangsung di Hotel Marriot, Petaling Jaya pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] Nonny Okey Ke Tu? Muat Naik Video Tengah Syampu Rambut Dalam Bilik Mandi

    Selain itu, Ajai berpendapat pendengar perlu lebih terbuka dengan vokal yang dibawakan oleh penyanyi-penyanyi baharu.

    Generasi sekarang membesar dengan pelbagai bunyi dan mereka datang dengan runs serta vokal semula jadi.

    Saya rasa semakin lama, mereka akan semakin serasi dengan bunyi baharu.

    Sementara itu, Ajai berkata dengan pelbagai komen yang diberikan pendengar, ia secara tidak langsung meningkatkan lagi populariti lagu tersebut.

    Saya banyak membaca komen dan ada yang kata mereka baru saya tahu lagu ini.

    Jadi, sedikit sebanyak ia membantu populariti penyanyi lama dan dalam masa sama membantu populariti penyanyi baharu. Daripada cebisan penyanyi lama dan cebisan penyanyi baharu, semuanya mendapat manfaat secara sama rata.

    Bila orang sudah tidak suka, bagi apa pun, jawapannya tetap tidak suka juga.

    The post ‘Sekarang Saya Mahu Cipta Yang Terbaik Untuk Versi Lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0’ – Ajai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah