27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Puteri Balqis Mohon Maaf Terlalu Beremosi, Pihak Produksi Jalankan Siasatan – ‘Terima Kasih Mendengar Suara Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon Puteri Balqis memohon maaf atas kata-kata kasar yang diluahkan sebelum ini berhubung dakwaan seorang aktor mengambil kesempatan ke atas dirinya ketika melakonkan babak bersentuhan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Akui Watak Air Mata Beri Kesan Emosi – ‘Saya Ambil Masa Bertenang..’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disoal Bila Akan Naik Pelamin, Ini Jawapan Puteri Balqis

    Pihak produksi jalankan siasatan

    View this post on Instagram

    A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

    Menerusi video yang dikongsikan, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mengakui tindakannya sebelum ini agak keterlaluan dan terlalu mengikut emosi. Bagaimanapun, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas perbuatannya.

    Pertama sekali, saya nak minta maaf atas kata-kata kasar saya sebelum ini. Saya akui cara saya meluahkan emosi ketika itu agak keterlaluan.

    Saya benar-benar minta maaf dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah saya lakukan.

    Mengulas lanjut, Aqish berkata pihak produksi iaitu Global Station kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan tersebut.

    Satu siasatan kini sedang dijalankan dan pihak Global Station akan mengambil tindakan berdasarkan rakaman asal serta keterangan saksi. Mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang.

    Bagaimanapun, pelakon drama Keluarga Itu berterima kasih atas keprihatinan pihak produksi kerana mengambil serius perkara berkenaan.

    Terima kasih banyak kepada Global Station kerana memandang serius perkara ini ketika ribuan orang lain tidak berbuat demikian. Terima kasih kerana tidak takut untuk mencari kebenaran.

    Saya benar-benar berharap saksi-saksi yang terlibat akan bercakap benar tentang apa yang mereka lihat dan tahu.

    Terima kasih kerana sudi menjalankan siasatan dan mendengar suara saya ketika ramai yang memilih untuk tidak mendengar.

    Sementara itu, Aqish menegaskan kenyataan yang diberikan sebelum ini tidak pernah berubah dan berharap perkara tersebut mendapat pembelaan sewajarnya.

    Saya sudah memberikan kenyataan dan kenyataan saya tidak pernah berubah.

    Saya benar-benar berharap siasatan ini dapat menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, membuktikan kebenaran dan akhirnya membawa kepada keadilan.

    Buat masa ini, kami akan tunggu perkembangan selanjutnya.

    Sumber: Instagram Puteri Balqis

    MENARIK:  Dakwaan Pengurus ‘Kekwat’ & Tak Profesional, Hussain Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri – ‘Manager Saya Buat Kerja’

    The post [VIDEO] Puteri Balqis Mohon Maaf Terlalu Beremosi, Pihak Produksi Jalankan Siasatan – ‘Terima Kasih Mendengar Suara Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah