Penceramah bebas, PU Syed tampil menggesa Coach Cerai untuk mendedahkan tentang tentang latar belakang dan keupayaannya dalam menawarkan khidmat nasihat berkenaan perkahwinan dan perceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hanya Perlu Lima Minit Untuk Tahu Sama Ada Pasangan Itu Bahagia Atau Tidak’ – Coach Cerai
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Elyas Respon Isu ‘Coach Cerai’, Risau Menasihat Tanpa Tauliah – ‘Berhati-Hati Minta Pandangan’
Siapakah Coach Cerai?
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian terkini, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak meluahkan kekeliruan terhadap kewujudan gelaran Coach Cerai yang semakin tular kebelakangan ini.
Dia kata hanya perlukan lima minit untuk tahu pasangan suami isteri boleh bertahan atau bercerai.
Saya nak bertanya, apakah kelayakan awak untuk menjadi Coach Cerai? Apa makna Coach Cerai? Adakah mengajak orang untuk cerai atau bagaimana?
Dalam masa sama, PU Syed turut meminta Coach Cerai atau nama sebenarnya, Mohd Izary Muhammed Ikhbal untuk menjelaskan status kepakarannya dalam bidang perkahwinan dan perceraian supaya orang ramai jelas.
Menurut PU Syed, Coach Cerai seharusnya tampil menjelaskan kepada masyarakat siapakah dirinya yang sebenar sama ada untuk menyelamatkan rumah tangga atau sebaliknya.
Adakah dia seorang yang bertauliah, mempunyai latar belakang agama, tahu hukum hakam dan undang-undang negara?
Saya nak tahu dan boleh tak keluarkan satu video untuk beritahu masyarakat siapakah anda sebenarnya dan apakah status anda..adakah menyelamatkan (rumah tangga) atau bagaimana?
Saya hanya bertanya, mungkin netizen boleh mendapatkan khidmat awak jika benar-benar boleh menyelamatkan perkahwinan atau pun sebaliknya.
Terdahulu, Coach Cerai mendakwa dirinya hanya memerlukan sekitar lima minit sahaja untuk membuat penilaian terhadap kebahagiaan pasangan suami dan isteri.
Imbas kembali, terma ‘Coach Cerai’ semakin dikenali apabila Mohd Izary tampil dalam satu video bersama seorang selebriti wanita yang berdepan isu rumah tangga.
Sumber: IG PU Syed
The post [VIDEO] PU Syed Gesa Coach Cerai Perjelas Status Kelayakan – ‘Adakah Dia Bertauliah & Tahu Hukum Agama?’ first appeared on OHBULAN!.





