26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] PU Rahmat Gesa Orang Ramai Beri Tekanan Pada Isra*l, Lepaskan Semua Aktivis – ‘Mereka Seperti Ibu Bapa Kita’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menggesa semua pihak memberi tekanan kepada Israel untuk melepaskan semua sukarelawan dalam misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Rahmat Dedah Diarah Berb*gel Tiga Kali’ – ‘Mereka Tanya, Saya Buat Lawak Saja’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Momen Ardell Aryana Dukung Anak – ‘Ciuman Si Kecil Itu Penawar Segala Penat’

    Gesaan PU Rahmat

    View this post on Instagram

    A post shared by PU Rahmat Ikhsan | Sumud Nusantara (@rahmat.sumud.nusantara)

    Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, PU Rahmat atau nama lengkapnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 32, menyeru orang ramai untuk bertindak sedemikian selepas mengetahui kapal-kapal tersebut yang membawa bantuan ke Gaza telah dipintas.

    ‘Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dah merampas bantuan dan menculik ibu bapa kita. 

    ‘Ada Dr Fauziah, Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan ramai lagi yang bertaraf ibu dan ayah kita.

    ‘Sembilan buah kapal iaitu gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) telah dipintas.

    Dalam pada itu, PU Rahmat juga gusar dengan keadaan para aktivis Malaysia yang berkemungkinan akan berdepan dengan tindakan kasar pihak Israel seperti mana yang pernah dilaluinya sebelum ini.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Kuat, Saya Menangis Belakang Kamera’ – Umisya Mazlan

    ‘Jadi kita kena buat bising, kali ini kita pula kena tolong mereka.

    ‘Pengalaman kami, dengan keadaan penjara di sana akan menyusahkan mereka yang sudah berusia.

    ‘Jadi mari kita tekankan Israel untuk melepaskan semua warganegara Malaysia dan semua sukarelawan yang berada di dalam sembilan buah kapal yang telah dipintas pagi tadi.

    Terdahulu, media melaporkan sembilan buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah dipintas oleh IDF di perairan antarabangsa semasa sedang menghampiri zon merah Gaza.

    Lapan delegasi Malaysia yang menaiki kapal Conscience milik FFC itu terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil, dua pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

    Sumber: IG PU Rahmat & Sinar Harian

    The post [VIDEO] PU Rahmat Gesa Orang Ramai Beri Tekanan Pada Isra*l, Lepaskan Semua Aktivis – ‘Mereka Seperti Ibu Bapa Kita’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah