28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Prince Syed Beri Nafkah RM125k Sebulan, Isteri Terkejut Beg Tangan Berat Rupanya Penuh Duit – ‘Harap Cukuplah, Jangan Boros’

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Prince Syed meraih perhatian ramai apabila berkongsi momen ketika menyerahkan nafkah kepada isterinya, Fatin Syazwani.

    ‘Nafkah bulanan RM125k sahaja yang mampu’

    " data-video-id="7506331459360263432">
    @prince.syed.shahidNAFKAH BULANAN RM 125K sahaja yang mampu untuk bagi wife bulan ni , harap cukuplah dan wife terima nafkah yang diberi ini? original sound – Prince Syed Couture

    Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah dilihat berada di sebuah bank bagi menguruskan pengeluaran wang tunai berjumlah RM125,000.

    Selepas selesai urusan di bank, Syed kemudian bertemu isterinya dan membuat kejutan dengan meletakkan ikatan wang tunai ke dalam beg tangan wanita itu tanpa pengetahuannya.

    Fatin yang terkejut apabila beg tangannya terasa berat, tergamam sebaik membuka dan melihat ikatan wang tunai di dalamnya.

    MENARIK:  Erra Fazira Bangga Engku Aleesya Terbit Buku Sulung, Galakkan Anak Teroka Pelbagai Bidang – ‘Saya Kagum Dengan Ideanya Di Luar Kotak’

    Menurut Syed, meskipun nilai wang tersebut tidaklah begitu besar namun dia berharap agar isterinya sudi menerima pemberiannya itu.

    Nafkah bulanan RM125,000 sahaja yang mampu untuk bagi isteri bulan ni. Harap cukuplah dan isteri terima nafkah yang diberi ini.

    Gunakan sebaik mungkin jangan buat benda bukan-bukan.

    Dia ni boros lain macam, saya bagi duit ni simpan lah juga. Mana tahu nanti kalau saya dah meninggal dunia.

    Fatin kemudiannya memberitahu bahawa dia bercadang untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli-belah beg tangan serta minyak wangi jenama mewah.

    Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ramai yang memuji sikap Syed yang menghargai isterinya.

    Tidak kurang juga yang menjadikan pasangan itu inspirasi sebagai suami isteri yang romantik dan pemurah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah