Pelakon Ezaidi Aziz menyifatkan pencalonannya dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-38 (ABPBH38) sebagai satu rezeki besar pada usia 31 tahun.
Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Pernah Kena ‘Reject’ Berlakon Drama, Produksi Bagi Alasan Muka Lebih Kacak Berbanding Watak Utama
Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Syukur Dikurniakan Wajah Tampan, Tak Terfikir Nak Ubah Ciptaan Tuhan – ‘Untuk Apa Buat Tapi Hati Kotor’
Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat

Ketika ditemui , Ezaidi atau nama lengkapnya Mohamed Ezaidi Abdul Aziz, 32, berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk tercalon.
Tambah Ezaidi, dia percaya perjalanan kerjaya setiap individu sudah ditentukan oleh Allah mengikut aturan dan waktunya sendiri.
Sebenarnya dah tercalon pun saya rasa sangat bersyukur. Alhamdulillah rezeki. Allah dah susun dah umur 31 tahun. Lambat cepat itu semua bukan kerja saya.
Saya rasa kelakar juga sebab saya rasa ramai lagi layak.
Ezaidi berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Ombak, KLCC pada Sabtu.
Berkongsi lanjut, Ezaidi mendedahkan dia pernah menerima kata-kata daripada sesetengah pihak yang menganggap dirinya tidak berkemampuan membawa watak berat.
Bagaimanapun, Ezaidi tidak menganggap kritikan tersebut sebagai satu penghinaan sebaliknya menjadikannya pembakar semangat untuk membuktikan kemampuan sebenar dirinya sebagai anak seni.
Cuma saya ada dengar beberapa perkara yang membuatkan saya perlu buktikan pada mereka.
Ada orang cakap saya tak boleh bawa watak berat.
Saya tak rasa ayat itu merendahkan saya malah memberi semangat untuk saya buktikan apa yang mereka cakap itu salah.
Undian bagi calon Top 10 setiap kategori dibuka pada 16 November hingga 6 Disember 2026 menerusi laman rasmi ABPBH.
Setiap peminat berdaftar akan menerima 38 mata undian percuma dengan pemarkahan berdasarkan 70 peratus undian awam dan 30 peratus penilaian juri profesional.
Malam kemuncak ABPBH 38 bakal berlangsung pada 12 Disember 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam dan disiarkan secara langsung di TV3 serta aplikasi Tonton pada jam 9 malam, manakala siaran karpet merah bermula jam 8 malam menerusi TikTok @MELODITERHANGAT.
Sekadar info, edisi kali ini turut mengekalkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan kepada tokoh seni tanah air, selain mendapat sokongan Daia selaku Penaja Bersama serta Hot FM, Kool FM, OHBULAN! dan Xtra sebagai rakan media rasmi.
The post [VIDEO] Pernah Diragui Mampu Bawa Watak Berat, Ezaidi Aziz Nekad Beri Komitmen Penuh – ‘Saya Perlu Buktikan Pada Mereka’ first appeared on OHBULAN!.





