25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Tergamam Keputusan DNA Dedah 2 Anak Bukan Darah Daging, Isteri Mengaku ‘Tak Sengaja’ Jalin Hubungan Badan Dengan 2 Lelaki

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Tak dinafikan, kepercayaan merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri setiap individu termasuklah bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

    Rupanya bukan anak kandung

    Sekadar gambar hiasan

    Baru-baru ini, seorang individu yang dipercayai peguam syarie berkongsi semula kisah sepasang suami isteri yang boleh dijadikan pengajaran buat semua.

    Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit telah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan memiliki dua cahaya mata.

    Tetapi apa yang mengejutkan, si suami langsung tidak mengetahui bahawa anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu ternyata bukan darah dagingnya.

    Keputusan DNA membuktikan dua anaknya itu merupakan hasil hubungan terlarang si isteri dengan dua lelaki lain.

    Ya saya memang teringin nak ada anak tapi saya ditipu hidup-hidup. Bila saya tanya isteri, dia boleh kata tak sengaja.

    Wanita terbabit sekali lagi menegaskan kepada hakim bahawa dia tidak sengaja melakukan perbuatan itu sehingga terpaksa merahsiakan perkara tersebut kepada si suami.

    MENARIK:  Neelofa Kongsi Vlog Hadiri Perkahwinan Aisyah Aziz, Sebak Ketika Akad Nikah

    Disebabkan itu, mahkamah memberi kebenaran kepada si suami untuk melafazkan talak kepada isterinya.

    Menjengah ke ruangan komen, wargamaya menitipkan nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati dalam memilih pasangan selain menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah