Perkongsian terbaharu milik pelakon, Natasya Mahyan menyorot perhatian orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Wajar Persoalkan Pemilihannya Sebagai Hero, Saya Percaya Dia Berbakat – Fasha Sandha ‘Backup’ Firdaus Karim
‘Handsome’
Menerusi perkongsian di TikTok, Natasya memuat naik video memaparkan rakan sekerjanya Firdaus Karim dan Ahmad Syafiq yang kini menjadi bualan hangat netizen menerusi drama Doa Yang Terlindung.
Dalam klip tersebut, Natasya sempat berseloroh mempersoalkan sama ada mereka berdua pernah dicerca oleh netizen susulan watak yang dibawakan dalam drama berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah perubahan penampilan Firdaus yang dilihat agak berbeza dalam drama itu.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji penampilan Firdaus yang dikatakan lebih kacak dan berbeza berbanding wataknya dalam drama tersebut.
Segelintir netizen turut mendakwa aktor itu mempunyai rupa paras yang kacak kemungkinan disebabkan oleh gaya rambutnya.
Sebelum ini, netizen mempertikaikan pemilihan Firdaus sebagai hero kerana dikatakan tidak sesuai serta tidak memiliki rupa seorang watak utama.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Penampilan Berbeza Firdaus Karim Raih Pujian Netizen – ‘Nampak Smart & Handsome’ first appeared on OHBULAN!.



#DoaYangTerlindung #fyp #foryoupage #foryou @Ahmad Syafiq #FirdausKarim 

