26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan akan Meneliti dan Berbincang tentang Bantuan Pengajian untuk Jasmine Suraya di Los Angeles

    Shopee Sale



    Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan pihak kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membantu pelakon wanita, Jasmine Suraya yang bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.

    Kerajaan sedia pertimbangkan

    Memetik laporan Berita Harian, Fahmi akui kos yang perlu ditanggung Jasmine untuk melanjutkan pengajiannya ke Los Angeles memakan perbelanjaan yang tinggi.

    Justeru itu, pihak kerajaan sedia memberikan bantuan sekiranya perkara yang dikemukan adalah bersesuaian.

    Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah.

    Terdahulu, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei menjadi rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.

    MENARIK:  [VIDEO] Amyza Aznan Puji Shahida, Syukur Atas Pertolongan – ‘Kebaikan Dia Memang Antara Dia & Allah Yang Tahu’

    Jasmine juga dilaporkan terpaksa menjual barangan seperti kereta dan beberapa barangan peribadi yang lain bagi menampung kos pengajiannya ke sana.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah