Personaliti media sosial, Sally Whoo dimasukkan ke hospital ekoran keadaannya yang menghidapi Kolangiopankreatogrofi Retrograd Endoskopik (ERCP) pada 10 Ramadan yang terakhir.
Artikel Berkaitan: Sally Whoo Akui Cabaran Jaga Anak Kembar, Syukur Ada Pembantu – ‘Bila Seorang Menangis, Seorang Lagi Ikut’
Artikel Berkaitan: ‘Bermula Dengan Dua Produk, Sekarang Jualan Cecah Jutaan Ringgit’ – Pengerusi ASIA Puji Kegigihan Sally Whoo Berniaga
Diuji pada 10 Ramadan terakhir

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah, menganggap ujian ini sebagai satu pengajaran buatnya.
Tambah Sally, kebanyakan urusan masih belum diselesaikan termasuk persiapan raya namun dia tetap percaya segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Kita selalu ingat kita pegang hidup sendiri, susun perancangan cantik-cantik, kejar semua perkara nak siap sebelum raya.
Tapi Allah tarik satu saja, terus kita jatuh diam.
10 malam Ramadan terakhir, aku masuk hospital dalam keadaan semua perkara belum selesai.
Kerja tertinggal, persiapan raya tergantung.
Dalam pada itu, Sally menyedari bahawa manusia hanya mampu merancang sebaiknya namun jika tidak diizinkan oleh-Nya, segala yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan.
Baru aku sedar, rupanya selama ini aku terlalu yakin dengan perancangan sendiri. Sehebat mana pun kita rancang, sekali Allah kata berhenti, kita tak mampu jalan walau selangkah.
Mungkin ini bukan tentang sakit, ini tentang Allah nak ajar kita tak pernah ada kuasa mengawal.
Apa yang jadi, walaupun perit, tak pernah sia-sia.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.
Sumber: Threads @nrsalihah
The post Diuji Pada 10 Ramadan Terakhir, Sally Whoo Masuk Hospital Akibat ERCP – ‘Allah Tarik Satu Saja, Terus Kita Jatuh Diam’ first appeared on OHBULAN!.





