Seorang pempengaruh mencuri perhatian menerusi kontennya yang berkunjung ke komuniti orang asli di Kuala Tahan.
Artikel Berkaitan: ‘Budak Zaman Sekarang Kurang Ajar’ – Isteri Aiman Tino Kongsi Kisah Peminat Didakwa Biadab
Artikel Berkaitan: Individu Kerja Sambilan Di Restoran London Dedah Adab Uyaina Arshad – ‘90% Sombong Kecuali Dia
Hina orang asli?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh tersebut dilihat menyapa beberapa orang asli yang ditemuinya.
Difahamkan, kehadirannya di kawasan rumah orang asli tersebut merupakan pengalaman pertamanya.
Pertama kali saya jumpa orang asli.
Dalam video berdurasi hampir tiga minit itu, pempengaruh terbabit mendakwa terdapat bau yang kurang senang di kawasan perumahan orang asli tersebut.
Bagaimanapun, dakwaan itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang beranggapan individu tersebut tidak menjaga adab ketika berada di tempat orang.
Netizen tegur




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati agar menjaga pertuturan bagi mengelakkan ada pihak yang tersinggung atau terasa hati.
Sumber: TikTok @Danishfirds
The post [VIDEO] Pempengaruh Sebut ‘Bau Dia Agak Kuat’, Netizen Nasihat Jaga Adab Di Tempat Orang first appeared on OHBULAN!.





