26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pempengaruh Sebak Makan Masakan Terakhir Suami – ‘Dia Masak Pada Hari Dia Meninggal Dunia, Lebih 2 Tahun Saya Bekukan Kari Ni’

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Sabrina menyentuh hati ramai apabila berkongsi video dia menikmati masakan terakhir yang dimasak oleh suaminya, Tony yang meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira dua tahun lalu.

    Makan masakan selepas dua tahun dibekukan

    " data-video-id="7467343957714898206">
    @sabfortony i’ll forever miss tony’s cooking #lastmeal #moving #griefjourney #healingjourney #lifeafterloss #partnerloss ? Beautiful Heart – Piano Meditation

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Sabrina memberitahu bahawa masakan itu disediakan oleh Tony pada hari pemergiannya setelah dia menyatakan keinginannya untuk menikmati kari Jepun.

    Saya ada sesuatu yang istimewa. Pada hari Tony meninggal dunia, saya cakap teringin nak makan Japanese kari dan saya minta dia masakkan untuk saya.

    Memandangkan dia bakal berpindah ke rumah baharu, Sabrina akhirnya membuat keputusan untuk menikmati masakan tersebut, yang telah dibekukan selama lebih dua tahun sejak pemergian suaminya.

    Lauk tu kemudian saya bekukan sebab saya terfikir nak simpan sampai bila-bila. Tapi sebab saya akan pindah keluar dari rumah, saya kena makan ini.

    ‘Ini adalah sebahagian memori berharga’

    Meskipun menyedari bahawa tindakannya mungkin dianggap tidak wajar oleh sesetengah pihak, namun bagi Sabrina ia adalah sesuatu yang bermakna buatnya.

    Mungkin ada orang anggap saya ‘gila’ sebab lauk tu dah lebih dua tahun dibekukan. Tapi bagi saya, ini adalah sebahagian daripada memori yang sangat berharga.

    Tony adalah individu yang selalu masak untuk keluarga, dan setiap kali kalau saya teringin nak makan apa-apa, dia akan masakkan. Itu adalah salah satu cara dia tunjukkan kasih sayang kepada saya.

    Perkongsian tersebut telah  mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata daripada mereka akui tersentuh dan memahami perasaan Sabrina yang rindu akan sosok suami tercinta.

    MENARIK:  Zahnita Wilson Ungkap Kisah Sedih Dengan Tiga Perkataan – ‘Cinta & Kehidupan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah