24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pelajar SPM Kecewa Dengan Kertas 2 Matematik Tambahan, Cikgu Tampil Beri Kata Semangat – ‘Awak Ambil Masa Untuk Tenangkan Fikiran’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meluahkan mereka selepas selesai menjawab soalan kertas 2 subjek Matematik Tambahan pada Selasa.

    Kegagalan proses pembelajaran

    " data-video-id="7459575890389912850">
    @cikguazman Replying to @dss3906 ? original sound – Cikgu Azman

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Azman turut bersimpati dengan nasib calon SPM yang berhadapan soalan sukar pada subjek berkenaan.

    Namun begitu, Cikgu Azman dilihat memberi kata-kata positif untuk pelajar meneruskan fokus pada kertas seterusnya.

    Tidak mengapalah wahai anak untuk meluahkan rasa kesedihan.

    Itu adalah rasa yang normal bagi kita sebagai manusia.

    Saya bersimpati dengan para pelajar yang telah berusaha dengan tenaga yang telah dikorbankan untuk subjek ini sepanjang tahun lepas.

    Namun, kita perlu ingat masih ada lagi baki beberapa subjek lain yang belum disempurnakan.

    Pertama, awak ambil masa untuk berehat dan tenangkan fikiran.

    Kedua, fokus pada kertas peperiksaan lain. Setiap kertas adalah peluang baharu untuk menunjukkan kemampuan awak yang sebenar.

    Ketiga, minta bantuan daripada guru dan rakan.

    Keempat, pastikan awak dapat rehat yang cukup. Makan makanan yang sihat dan bersenam.

    Dan yang terakhir, ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang awak telah capai sebelum ini.

    Dalam pada itu, Cikgu Azman mengingatkan kegagalan adalah sebahagian proses pembelajaran dan mendoakan kejayaan para pelajar yang mengambil SPM.

    MENARIK:  Anugerah Melodi Terhangat Kembali Lagi, 12 Kategori Dipertandingkan


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah