25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anugerah Melodi Terhangat Kembali Lagi, 12 Kategori Dipertandingkan

    Shopee Sale

    Selepas hampir sedekad menyepi, program anugerah hiburan ikonik kembali menghangatkan industri! TV3 dan Tonton dengan bangga mempersembahkan Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).

    AMT kembali lagi!

    AMT sebuah transformasi segar daripada legasi program Melodi yang telah menjadi tunjang hiburan sejak 1993.

    Kini tampil lebih berani dan relevan, AMT 2025 bukan sekadar acara penghargaan biasa. Ia meraikan selebriti dan figura digital yang mencipta momen tular serta memberi impak besar dalam dunia hiburan moden, semuanya berdasarkan suara rakyat Malaysia.

    AMT 2025 membawa slogan ‘Hangat Bukan Beshe-Beshe!’ dan mempertandingkan sebanyak 12 kategori terhangat. 

    Selebriti Drama Sangat Terhangat & Tonton Original Terhangat

    Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy & Selebriti Couple Goals Terhangat

    Selebriti Maskulin Terhangat & Selebriti Feminin Terhangat

    Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat & Selebriti Trending Terhangat

    Selebriti Stailo Terhangat & Selebriti Newcomer Terhangat

    Manakala dua anugerah istimewa AMT adalah Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar dan Anugerah Melodi Terhangat

    Sementara itu, Pengurus Besar Kandungan Program TV3, Marlia Zul Amran menjelaskan bahawa penganjuran semula anugerah ini telah dirancang sebaik mungkin dan bukan keputusan yang dibuat secara semberono. Ia dilihat selari dengan perkembangan semasa serta perubahan dinamik program Melodi yang kini lebih segar dan menyeluruh.

    Anugerah ini bukan diadakan secara terburu-buru sebaliknya kami menantikan waktu yang sesuai untuk diperkenalkan semula.

    Dengan program yang lebih menyeluruh melalui MBuzz, Melodi dan Tik Tok Melodi Berapi, jadi kami merasakan ini adalah waktu yang sangat tepat untuk memberikan pengiktirafan kepada artis yang pernah berada dalam Melodi.

    AMT 2025 akan dikendalikan Ain Edruce dan Fikry Ibrahim.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Cuma Sokong Sebagai Anak’ – Dafi Enggan Campur Bidang Politik Bapa, Fokus Karier Seni

    Pemenang ditentukan berdasarkan undian secara atas talian di hwww.tonton.com.my/

    Pengundian sudah pun dibuka sehingga 31 Julai 2025.

    Malam kemuncak AMT 2025 akan berlangsung pada 3 Ogos 2025, jam 9 malam, disiarkan secara langsung di TV3 dan strim eksklusif di Tonton. Sementara itu, Acara Karpet Merah akan menemui penonton lebih awal, mulai jam 8 malam di TikTok Melodi Berapi dan TV3 Malaysia.

    The post Anugerah Melodi Terhangat Kembali Lagi, 12 Kategori Dipertandingkan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah