32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Malaysia Pakat Boikot Produk Kahf, Ada Yang Dah Beli Sanggup Buang

    Shopee Sale

    Jenama penjagaan diri dari Indonesia iaitu Kahf, kini berdepan seruan boikot daripada sebahagian netizen Malaysia susulan satu hantaran di media sosial yang didakwa menyindir beberapa negara jiran.

    Artikel Berkaitan: Kahf Mohon Maaf Isu Sindir Beberapa Negara Termasuk Malaysia, Padam Hantaran ‘Beda Level’

    Boikot

    Kontroversi tersebut tercetus selepas akaun rasmi Kahf di Threads memuat naik gambar memaparkan tulisan “Hati-Hati Beda Level” dengan bendera Indonesia diletakkan di bahagian atas manakala bendera beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dipaparkan di bahagian bawah.

    Hantaran tersebut mengundang reaksi kurang senang, khususnya daripada pengguna media sosial Malaysia yang menganggap perbandingan berkenaan tidak wajar dan sensitif terhadap pelanggan dari negara jiran.

    MENARIK:  Baim Wong Puji Bakat Anna Jobling, Pilih Jadi Watak Utama Filem Lembayung Dalam Masa Sehari!

    Susulan itu, seruan untuk memboikot produk Kahf mula tular di media sosial. Ada pengguna yang menyatakan keputusan untuk tidak lagi membeli produk jenama berkenaan.

    Malah, terdapat juga pengguna yang sanggup membuang produk tersebut sebagai tanda bantahan terhadap hantaran berkenaan.

    Terdahulu, Kahf bertindak memadam hantaran terbabit sebelum tampil memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terkesan.

    Menerusi kenyataan di Threads, Kahf mengakui hantaran tersebut tidak boleh diterima serta tidak mencerminkan nilai dan rasa hormat yang ingin dibawa oleh jenama berkenaan.

    Sumber: Facebook

    The post Netizen Malaysia Pakat Boikot Produk Kahf, Ada Yang Dah Beli Sanggup Buang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah