26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’

    Shopee Sale

    asangan selebriti yang diraikan pada hari ini iaitu Fattah Amin dan Amira Othman menzahirkan rasa syukur selepas mereka sah disatukan sebagai suami isteri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kesopanan Amira Othman Terserlah, Ambil Berkat Dalam Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Bergelar Isteri

    Artikel Berkaitan: Peminat Anjur Majlis Bacaan Yassin & Doa Kesyukuran Sempena Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman

    Isteri syurga

    Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, mengakui berasa gementar ketika sedang melafazkan akad nikah namun lega selepas semuanya berjalan dengan lancar.

    Rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, doa-doa kedua ibu bapa, adik beradik, keluarga, dan peminat-peminat kami.

    Alhamdulliah termakbul hari ini.

    Perasaannya tadi memang gementar, tetapi selepas akad Alhamdullilah.

    Ketika disoal pengacara majlis iaitu Awal Ashaari dan Sissy Iman tentang panggilan istimewa kepada Amira, Fattah kelihatan tersipu malu lalu mengatakan dia akan memanggil suri hatinya itu dengan panggilan ‘isteri syurga’.

    Nantilah saya segan tapi saya dah practice dan suka untuk panggil dia isteri syurga.

    InsyaAllah, kata-kata itu doa.

    Macam tak percaya

    Dalam masa yang sama, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, berkata, sebelum ini dia sama sekali tidak pernah terfikir akan bergelar isteri.

    Memang tak terfikir dan tak terlintas langsung, tapi Allah yang maha mengetahui.

    Dia menyusun semua ini, jadi saya bersyukur dan Alhamdullillah semuanya telah tertulis.

    Menurut pelantun lagu Hati-Hati itu, pada mulanya dia menyangka bahawa Fattah sedang berlatih untuk akad namun rupa-rupanya momen itu benar-benar terjadi apabila jurunikah mengesahkan lafaz tersebut.

    Berdebar, macam tidak percaya dan bersyukur.

    Semasa saya tengok Fattah tengah akad tadi saya ingatkan dia tengah berlatih sebab itu saya tak ada reaksi sangat.

    Reaksi saya biasa sahaja, rupanya memang betul sebab tu macam blur sekejap.

    Terdahulu, Amira sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz.

    MENARIK:  Meerqeen Memilih Sibuk Dengan Lakonan – Tiada Komen daripada Sarah Yasmine

    Amira menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang hantaran sebagai simbolik penyatuan cinta mereka.

    Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    Saksikan Siaran Langsung Eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira melalui aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada 14 September 2025, jam 8 malam!

    Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv

    The post [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah