Usahawan Nur Amirah tampil berkongsi pandangan mengenai isu hak jagaan anak susulan kemelut rumah tangga yang melibatkan personaliti media sosial, Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Jadikan Anak Tempat Kita Meletakkan Luka & Ego’ – El Azman
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Ada Yang DM Bandingkan Cara Saya & Bekas Isteri Jaga Anak?’ – El Azman
Hak jagaan anak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Nur Amirah memaklumkan dia pernah melalui fasa perpisahan sebelum disahkan bercerai pada 2022 selepas meninggalkan rumah pada 2020.
Menurutnya, meskipun pernah berdepan perselisihan mengenai hak jagaan anak-anak pada peringkat awal, dia dan bekas suami memilih untuk mengekalkan hak jagaan bersama.
Saya keluar rumah tahun 2020, sah cerai 2022, memang kami dah berpisah lama selepas itu baru ada jalan penyelesaian. Walaupn awal-awal bergaduh juga mengenai hak jagaan bersama untuk anak anak.
Walaupn saya dah kahwin baru, kami masih kekalkan hak jagaan bersama. Jadi anak anak bebas untuk pilih rumah siapa.
Dalam pada itu, Nur Amirah berpendapat situasi melibatkan anak-anak memerlukan ibu bapa untuk mengetepikan ego kerana tiada istilah menang atau kalah dalam perkara tersebut.
Justeru, Nur Amirah menitipkan kata-kata semangat buat Cik Epal agar terus kuat menghadapi ujian hidup.
Kadang-kadang perkara macam ini perlu ibu bapa yang waras. Jgn fikir ego. Tiada yg menang dan tiada yg kalah untuk anak anak.
Untuk CE terus kuat ya. Pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa ada.
Kes CE memang lain sbb bekas suami dia lain macam. Memang kesian CE nak hadap orang mental macam itu.
Perkongsian tersebut dibuat susulan isu hak jagaan dua anak Cik Epal dan Jofliam yang kembali menjadi perhatian selepas Jofliam memaklumkan mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh anak-anak kepada dirinya.
Sebelum ini, Cik Epal turut memberikan pandangannya mengenai isu tersebut dan menegaskan bahawa anak-anak bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘barang’ untuk dimenangi oleh mana-mana pihak.
Sumber: Threads @nuramirah
The post ‘Perkara Ini Perlukan Ibu Bapa Yang Waras’ – Nur Amirah Simpati Dengan Nasib Cik Epal first appeared on OHBULAN!.





