Usahawan, Datin Seri Nur Shahida berkongsi satu insiden melibatkan anak perempuannya, Raudhah Arshiyah yang dimarahi oleh suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri selepas kanak-kanak itu dilihat bergurau dengan pengurus lelaki mereka.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Puji Sikap ‘Humble’ Izara Aishah – ‘Dia Artis Kelas A’
Artikel Berkaitan: ‘Harga Beg MUA Bellaz RM200 Tidak Mahal’ – Aliff Syukri
‘Papa marah Raudhah’

Menerusi hantaran di TikTok, Shahida menjelaskan situasi tersebut berlaku apabila Aliff menyedari Raudhah masih bergurau dengan individu berkenaan meskipun telah beberapa kali diberikan peringatan.
Papa (panggilan Aliff) nampak Raudhah masih rapat dan bermain dengan pengurus itu. Pengurus tersebut awalnya hanya bermain dengan Yusof dan Baim.
Papa sentiasa pesan dengan Raudhah yang dia itu perempuan, tidak boleh rapat dan bermain dengan pengurus lelaki.
Isunya, pengurus tersebut pun papa beri amaran jangan pegang atau dukung Raudhah. Tetapi selepas diberi amaran pun masih berlaku dan terjadi depan mata.
Papa mengamuk dan marah Raudhah. Papa dah kata juga kepada pengurus itu ‘jangan pegang, jangan sentuh anak perempuan aku. Kalau kau ada anak perempuan, suka tak lelaki pegang anak kau?’
Menurut Shahida, walaupun ada pihak yang beranggapan Raudhah masih kecil, sebagai ibu dia merasakan tanggungjawab mendidik tentang batas pergaulan perlu bermula sejak usia awal.
Mungkin pengurus tersebut merasakan Raudhah masih kecil. Tetapi saya sebagai ibu dan papa sebagai ayah, kami perlu didik tentang batas lelaki dan perempuan sejak usia kecil.
Saya nak pesan, jangan normalisasikan ada orang lelaki tidak dikenali yang bukan daripada kalangan ahli keluarga pegang anak perempuan.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai wargamaya, dengan sebahagian besar menyokong pendirian Shahida dan Aliff dalam mendidik anak-anak mengenai adab serta batas pergaulan dan pembentukan jati diri sejak kecil.
Video
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Papa Mengamuk, Jangan Pegang Anak Perempuan Aku’ – Shahida Kongsi Insiden Raudhah Bergurau Dengan Pengurus Lelaki first appeared on OHBULAN!.





