Penyanyi baharu, Apau Qhaliff mengakui tidak kisah dengan kecaman netizen yang melabelnya sebagai ‘Mat Rempit’ susulan penampilan serta kandungan media sosialnya yang banyak berkisar tentang dunia permotoran.
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Berang Diganggu Ketika ‘Live’, Individu Tinggalkan Komen Tentang Lelaki Cina – ‘Aku Bukan Minta Sedekah, Jangan Melampau’
Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwaan Restoran Ayam Gepuk Kotor, Ini Jawapan Haqiem Stopa – ‘Kedai Di KL Sudah Lama Tak Beroperasi’
Apau Qhaliff tidak galak budaya rempit
Menurut Apau atau nama sebenarnya Muhammad Qhaliff, minatnya terhadap motosikal sekadar hobi peribadi dan dia tidak pernah berniat untuk menggalakkan budaya rempit dalam kalangan anak muda.
Main motor ini sekadar hobi je.
Lepas itu dapat rezeki ini kita ambil.
Tambah Apau, salah faham terhadap imejnya timbul daripada gaya dan penampilannya sering disalah tafsir netizen sebagai mencerminkan budaya tersebut.
Nak cakap mat rempit tak adalah macam mat rempit sangat.
Mungkin orang cop mat rempit sebab daripada segi pakaian.
Main motor pun tak adalah macam betul-betul berlumba macam budak-budak merempit lain.
Inspirasi kisah hidup sendiri

Mengulas lanjut, pelantun lagu ‘Cinta Mati’ itu menafikan dakwaan bahawa muzik video serta konsep lagu tersebut mempromosikan budaya rempit.
Sebaliknya, dia menegaskan ia membawa mesej yang berbeza daripada tanggapan ramai.
Dalam video itu kita tak ada pun galakkan orang main motor semua.
Kita cuma nak bagi pelajaran dan tunjuk yang main motor ni bahaya.
Katanya lagi, karya tersebut diinspirasikan daripada pengalaman peribadi serta situasi kehidupannya sendiri.
Saya nak ceritakan pasal diri saya dalam MV tu.
Kira relate dengan keadaan sekarang.
Dalam pada itu, Apau turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia cuba meniru gaya personaliti media sosial Haqiem Stopa.
Haqiem Stopa dengan diri dia, saya dengan diri saya.
Dia mungkin main motor sahaja.
Saya boleh nyanyi, boleh main motor. Dua-dua saya boleh.
Dalam masa sama, Apau membalas komen negatif netizen yang mempertikaikan kemampuan vokalnya sebagai penyanyi.
Kalau suara tak sedap korang dengar dulu. Jangan terus nilai orang.
Lepas itu kalau suara saya tak sedap pun, at least saya dapat jadi penyanyi. Title penyanyi tu korang ada?
Sehingga kini, muzik video ‘Cinta Mati’ nyanyian Apau Qhaliff telah mencatat hampir 300,000 tontonan sejak dimuat naik pada 22 Mei lalu.
The post [VIDEO] ‘Orang Cop Mat Rempit Sebab Daripada Segi Pakaian, Main Motor Sekadar Hobi’ – Apau Qhaliff first appeared on OHBULAN!.



di majlis perlancaran lagu cinta mati #cintamatiapauqhaliff #apauqhaliff 

