28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Opai Latih Pekerja Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadan – ‘Siapa Tak Baca, Minta Dia Kerja Tempat Lain’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang berkongsi inisiatif untuk membantu para pekerjanya mengkhatamkan al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

    Artikel Berkaitan: Cinta Opai Buat Fatin Afeefa Bertambah Setiap Hari – ‘Perkahwinan Kami Bukan Untuk Ditayang Pada Umum’

    MENARIK:  Daiyan Trisha Tak Ambil Hati Netizen Minta Berhenti Menyanyi – ‘Saya Tahu Ramai Yang Suka Dengan Lagu-Lagu Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Dedah Malaysia Bakal Anjurkan Perlawanan Tinju, Nama Jojo Ghazali Dipetik – ‘Yang Pasti Bukan Dia Sebab Selalu Kalah’

    Khatam Quran bulan Ramadan

    " data-video-id="7608016529657023765" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @aliff_awang

    Siapa tak baca quran, kita minta dia berhenti kerja dan kerja tempat lain @Opai Niche

    ♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa Opai memaklumkan bahawa pekerjanya perlu masuk kerja seawal jam 8:00 pagi untuk bersama-sama bertadarus.

    Menurut Opai, bulan Ramadan seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan membaca serta menghayati mesej yang terkandung dalam al-Quran.

    Inisiatif aku adalah, kita semua masuk kerja pukul 8:00 pagi dan kita cuba tadarus.

    Walaupun mungkin tak berkemampuan nak khatam sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita dapat bertadarus dan dapat pahala khatam.

    Kita akan cuba buat sepanjang bulan Ramadan. Kita khatam 2 kali.

    Kalau sorang baca 5 muka surat sehari, akan ambil dalam 30 minit. Kalau lancar lah.

    Aku akan beli Quran banyak-banyak. Bagi korang semua semangat.

    Sementara itu, Opai berseloroh untuk pekerjanya menukar kerja jika tidak bersama-sama berusaha membaca al-Quran pada bulan Ramadan.

    Pukul 8:00 pagi mengaji sampai pukul 9:00 pagi. Kita akan balik 3:30 petang.

    Sebab Ramadan ini bulan al-Quran. Jadi kalau setahun kita tak baca, ini lah bulannya untuk kita mula membaca Quran.

    Siapa tak baca Quran, kita minta dia berhenti dan kerja tempat lain.

    Sumber: TikTok @Opai Alpiaw

    The post [VIDEO] Opai Latih Pekerja Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadan – ‘Siapa Tak Baca, Minta Dia Kerja Tempat Lain’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah