31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ojen Aiwah Berimej Baru, Ibu Menangis Bantu Potong Rambut – ‘Allah Akan Jaga Sebab Awak Anak Soleh

    Shopee Sale

    Penampilan terkini usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah yang kelihatan lebih maskulin telah menyorot perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: ‘Mama, Terima kasih Kerana Berjuang Hingga Tahap Ini, Ajar Along Bersedekah Asbab Panjang Umur’ – Ojen Aiwah

    Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Dakwa Difitnah, Sudah Rujuk Peguam Untuk Saman Tareq Fit – ‘Bukan Sebab Isu Peribadi, Dia Sentuh Hal Perniagaan’

    Perubahan Ojen

    View this post on Instagram

    A post shared by ZAIN ROSLI (@ojennaiwahhh_)

    Menerusi hantaran di Instagram, Ojen berkongsi momen ketika ibunya membantu memotong sebahagian rambut sehingga menjadi pendek.

    Paling menyentuh perasaan adalah apabila wanita itu dilihat tidak dapat menahan air mata ketika memotong rambut anaknya.

    Semua orang ada kekurangan, ini ujian buat awak.

    Allah akan jaga awak, Allah akan beri rezeki sebab awak adalah anak yang soleh.

    Awak jaga mama sakit. Terima kasih jaga mama..mama gembira.

    Sementara itu, di ruangan kapsyen, pemilik nama Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli tersebut berjanji akan menjaga ibunya yang merupakan pesakit kanser itu sehingga sembuh.

    Mama, saya minta maaf. Anak lelaki mama tak macam anak lelaki orang lain, dia istimewa sikit.

    Mama saya akan terus jaga mama sampai mama sembuh.

    Mama kena janji, bertahan dan panjang umur supaya boleh terus doakan kejayaan saya. Saya minta maaf salah dan silap.

    Bismillah, new look, new me 2026.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Netizen Dakwa Wajah Kelihatan Berbeza, Adira Salahudi Nafi Ambil Filler & Botox – ‘Takut Jatuh Fitnah’

    The post [VIDEO] Ojen Aiwah Berimej Baru, Ibu Menangis Bantu Potong Rambut – ‘Allah Akan Jaga Sebab Awak Anak Soleh first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah