Penyanyi, Nubhan mengharapkan yang terbaik bagi prosiding pelanggaran perintah mahkamah difailkan terhadap bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek hari ini.
Artikel Berkaitan: Kifarah Itu Wujud’ – Dr. Fie Dakwa Nubhan Makin Lantang, Wujud Akaun Palsu ‘Backup’ Diri?
Artikel Berkaitan: ‘Semua Baju Masih Dalam Kotak, Saya Pakai Apa Yang Ada Saja’ – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah
Nubhan harap terbaik

Ketika ditemui , Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad enggan mengulas lanjut berkenaan kes itu namun berharap prosiding berjalan lancar.
Nubhan dilihat tiba di mahkamah dengan berpakaian lengkap sut berwarna hitam.
Hari ini adalah kes komital atas pelanggaran perintah mahkamah.
Saya harapkan semuanya yang terbaik. Doakan yang baik-baik.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui di di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada jam 9.19 pagi Selasa.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
The post [VIDEO] Nubhan Lengkap Bersut Hitam, Hanya Harapkan Yang Terbaik first appeared on OHBULAN!.





