Penyanyi, Nubhan tampil menjelaskan dakwaan berkenaan bekas isterinya, Dr. Afifah yang mengatakan barangan peribadinya telah dicampak keluar dari rumah bekas suaminya tanpa sebarang makluman awal ketika dia berada di luar negara.
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Barang Peribadi Dr Afifah Dicampak Fitnah, Nubhan Sedia Bayar Ganti Rugi Jika Ada Kecacatan – Peguam
Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berang Dengan Nubhan, Dakwa Barang Peribadi Dicampak Di Hadapan Rumah Ibu – ‘Pernah Dah Dia Buat Saya Macam Ini’
Ada sebab

Ketika ditemui , Nubhan ata nama penuhnya, Ahmad Nubhan Ahmad, 40, menjelaskan setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab-sebab tertentu.
Kata Nubhan, dia tidak melakukan perkara secara terburu malah telah mendapatkan nasihat daripada peguam.
Semua yang saya buat bersebab dan tidak mahu mengulas lanjut sebab perkara ini masih dalam proses mahkamah.
Apa yang saya lakukan itu bukan terburu-buru atau membabi buta semuanya melalui nasihat daripada peguam juga.
Selebihnya saya tak dapat nak komen kerana menghormati prosiding mahkamah.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui selepas program Gegar Vaganza musim ke-12 di Shah Alam pada malam Ahad.
Ketika ditanya dakwaan mengenai barangan peribadi yang tidak dipulangkan, Nubhan berkata dia sanggup memberikan kerjasama untuk memulangkan barangan bekas isterinya sekiranya ada.
Sekiranya ada dan dia buat laporan polis sekalipun saya sedia memberikan kerjasama, tiada masalah.
Terdahulu, Dr Afifah meluahkan rasa kesal di Threads selepas mendakwa barangan peribadinya ‘dicampak’ dari rumah tanpa sebarang makluman awal ketika dia sedang berada di luar negara.
Pun begitu, peguam syarie mewakili penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad, iaitu Mohd Redzuan Ramli menjelaskan bahawa berdasarkan persetujuan lisan sebelum ini, Dr. Afifah sedia maklum bahawa tempoh untuk dia menetap di kediaman berakhir sebaik sahaja iddah tamat pada Oktober lalu.
The post [VIDEO] Nubhan Jawab Dakwaan Campak Barangan Peribadi Dr Afifah – ‘Saya Buat Bersebab, Bukan Secara Membabi Buta’ first appeared on OHBULAN!.





