28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Wajah Terkini Juliana Banos – ‘Masih Cantik Seperti Dulu’

    Shopee Sale



    Semenjak mendirikan rumah tangga bersama Datuk Mokhtar Ahmad pada 2006, pelakon dan penyanyi jelita Datin Juliana Banos tidak lagi aktif di dalam dunia seni.

    Kekal cantik

    " data-video-id="7408016835657960705">
    @kuehbakor Terima kasih kerana menjamu selera di cafe kami ?? #no1injohorbahrutown #kuehbakorbysugarbake #kuehbakor ? original sound – kuehbakor

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Azman Banos dilihat mengunjungi ke sebuah restoran bersama beberapa orang temannya.

    Pelantun lagu Cinta Gila itu mengenakan seluar jeans, t-shirt berona hitam dan memakai cermin mata berwarna merah.

    Meskipun berpakaian sederhana, namun rata-rata warganet memuji kecantikannya yang tak dimamah dek usia.

    Lawanya, santai-santai je pun.

    Rindunya nak tengok dia! Cantik sangat!

    Dia bawa dirinya dengan sangat baik. Saya rasa dia antara pemenang Dewi Remaja yang terbaik. Masuk industri kerja rajin, fokus, tak ada gossip pelik-pelik, tahu-tahu dah kahwin je.

    Kau masih cantik seperti dulu.

    Maintain cantik macam Sarimah Ibrahim.

    Sekadar info, Juliana terkenal menerusi beberapa filem antaranya Gerak Khas The Movie II, Gila-Gila Pengantin dan filem terakhirnya adalah Pontianak Menjerit.

    MENARIK:  Isteri Sufian Suhaimi Dilabel ‘Beauty With Brain’, Bergelar Peguam Di Usia 25 Tahun

    Bukan itu sahaja, selebriti berusia 45 tahun tersebut turut mempunyai beberapa buah lagu popular antaranya Mana Satu, Sehidup Semati dan Tiap Detik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah