Gelagat seorang individu yang terkedu apabila terserempak dengan pelakon dan penyanyi, Zizan Razak di kedai serbaneka meraih perhatian.
Artikel Berkaitan: Zizan Razak Tak Terfikir Nak ‘Get Back’ Dengan Emma Maembong, Akui Banyak Kenangan Bersama Ketika Bercinta Dulu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak & Emma Maembong Hanya Kawan, Tak Kisah Kemesraan ‘Direstui’ Netizen – ‘Saya Dengan Dia Bukan Musuh’
Terkedu jumpa Zizan

Menerusi perkongsian di TikTok, sekumpulan wanita itu tidak menyangka persinggahan mereka di kedai serbaneka menjadi bermakna apabila terserempak dengan selebriti itu.
Salah seorang daripada mereka yang merupakan peminat penyanyi lagu Bawaku Pergi itu tergamam apabila berdepan dengannya.
Penangan jumpa Zizan, dia siap belanja.
Sementara itu, Zizan yang juga terkejut dengan reaksi peminat itu bertindak untuk membayarkan makanan yang dipilih oleh mereka.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat wanita itu. Malah, segelintir mereka juga berseloroh aura Zizan terlalu kuat sehingga peminat berjaya ketawa tanpa dia bersuara.
Netizen juga menyatakan individu itu bertuah kerana dapat bertemu dengan Zizan secara rawak di kedai.
Komen netizen


Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Netizen Tergamam Jumpa Zizan Razak – ‘Gelabah Sampai Air Tumpah’ first appeared on OHBULAN!.





