28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Kagum Anak Arwah ‘Pok Cik Colek Bismillah’ Kini Peguam Berjaya – ‘Hebat Hasil Didikan Seorang Peniaga Jalanan’ 

    Shopee Sale

    Seorang peniaga buah-buahan potong iaitu Allahyarham Jihad Husin atau dikenali dengan panggil Pok Cik Colek Bismillah, sering tular di media sosial sebelum ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Pok Cik Colek Bismillah’ Meninggal Dunia

    MENARIK:  Bapa Baby Syifa Ditahan Polis, Didakwa Seleweng Yuran Guaman

    Artikel Berkaitan: Aqil Zulkiflee Terharu Video Jadi Pembawa Senyuman Buat Kanak-Kanak Kematian Orang Tersayang – ‘Salah Satu Sebab Kenapa Aku Takkan Berhenti’

    Rindu ayah

    " data-video-id="7568836553703771413" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @redzuan.jihad

    Al Fatihah Ayah Rindu yang tidak berpenghujung. Tugas ayah pun selesai bila saya dah habis belajar, bergelar seorang peguam dan sempat tengok saya kahwin, buka firma guaman sendiri. terima kasih atas segalanya ayah. Al Fatihah – Jihad Bin Husin Pak Cik Bismillah Colek Pengkalan Kubor #peguammuda #ayah #colekbismillahpokli #poklicolekbismillah

    ♬ original sound – rashied ghoul – rashied ghoul

    Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh anak arwah iaitu Redzuan Jihad, ia memaparkan beberapa momen indah yang dirakamkan antaranya adalah ketika majlis konvokesyen dan semasa bertugas menjadi peguam.

    Redzuan turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapa yang sempat menyaksikan beberapa detik penting dalam hidupnya.

    Rindu yang tidak berpenghujung.

    Tugas ayah sudah pun selesai apabila saya habis belajar, bergelar seorang peguam, sempat tengok saya kahwin dan buka firma guaman sendiri.

    Terima kasih atas segalanya ayah.

    Bapa yang hebat

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian Redzuan dan mereka turut merindui sosok peniaga itu ketika mengunjungi ke gerai buah-buahannya.

    Dalam masa yang sama, mereka juga kagum dan menyifatkan Pok Cik Colek Bismillah sebagai bapa yang hebat kerana dapat membesarkan anak sehingga berjaya menjadi seorang peguam.

    Sumber: TikTok Redzuan Jihad

    The post [VIDEO] Netizen Kagum Anak Arwah ‘Pok Cik Colek Bismillah’ Kini Peguam Berjaya – ‘Hebat Hasil Didikan Seorang Peniaga Jalanan’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah