29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aplikasi PahangGo Cipta Rekod MBOR, Paling Banyak Ciri Untuk Rakyat!

    Shopee Sale

    Aplikasi PahangGo sekali lagi buktikan kehebatannya apabila berjaya mencatat sejarah sebagai aplikasi kerajaan negeri dengan ciri paling banyak, sekaligus menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

    Pengiktirafan berprestij ini telah disahkan oleh MBOR dan disampaikan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam majlis Persidangan S-GLC Negeri Pahang 2025 yang berlangsung di Bertam Resort & Water Park.

    Digitalisasi berjaya, rakyat semakin mudah akses perkhidmatan

    Kredit: Akaun Facebook rasmi Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail 

    Menurut YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri merangkap Pengerusi PahangGo, kejayaan ini adalah bukti nyata usaha kerajaan negeri dalam mendigitalkan perkhidmatan.

    “Kita telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record kerana PahangGo telah mewujudkan pelbagai-bagai aplikasi untuk dalam menggunakan Perkhidmatan kerajaan.

    “Sebagai contohnya dalam membayar cukai tanah, bayar parking kereta, bayar api, bayar air, dan pelbagai-bagai lagi inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh PahangGo sebagai sebuah agensi yang telah diberikan mandat oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Pelan Digital Pahang. Inilah satu usaha yang telah menampakkan keberhasilannya,” katanya.

    Antara yang turut hadir dalam majlis tersebut termasuk Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Indera Haji Fadzilla Haji Salleh, barisan EXCO serta ketua-ketua jabatan.

    Zakat & wakaf pun dah boleh guna aplikasi

    Menariknya, PahangGo bukan saja menawarkan servis asas seperti bayaran bil dan cukai, malah telah mengorak langkah memperkenalkan inisiatif baru termasuk urusan zakat dan wakaf secara digital.

    “Ini bukan sahaja memudahkan urusan zakat, tetapi turut menyokong pembangunan agama di negeri Pahang. Inilah pendekatan people centric yang menjadi teras aspirasi Pahang1st,” jelasnya.

    E-Wallet Pahang bakal dilancarkan hujung tahun ini! 

    Dalam perkembangan lain, Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin turut berkongsi satu lagi berita menarik, e-wallet khas Pahang dijangka akan diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.

    MENARIK:  ‘Kenapa Ramai Suka Beli Barang & Bayar Guna Cara COD? Bayar Online Lebih Mudah’ – Atikah Suhaimie

    Lebih menarik, rakyat juga berpeluang memberi idea nama untuk e-wallet tersebut.

    “Akan datang nanti, kita dah hampir untuk melancarkan e-wallet pula…E-wallet Pahang sebagai satu aplikasi baru yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan yang terbaru lah kepada rakyat negeri Pahang.

    “Mungkin nama pun juga belum sediakan lagi. Jadi saya cadangkan kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo, Encik Affandi Mohd Isa) untuk mengadakan pertandingan untuk menamakan e-wallet kita inj.. nama sesuai. Saya ingat hujung tahun ni kita akan melancarkan e-wallet Pahang,” katanya lagi.

    Dengan rekod baharu ini, PahangGo bukan sahaja menjadi kebanggaan negeri, tapi juga contoh terbaik bagaimana teknologi boleh memudahkan urusan rakyat secara menyeluruh. Syabas dan tahniah, PahangGo!

    Kredit: Akaun Facebook rasmi Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail 

    Selaras dengan semangat people-centric dalam aspirasi Pahang1st, YAB Menteri Besar Pahang mengajak seluruh rakyat negeri ini untuk bersama-sama menyumbang idea dan pandangan dalam merangka Belanjawan Negeri Pahang 2026

    Beliau menjelaskan bahawa tinjauan khas ini dilancarkan bagi memberi ruang kepada rakyat untuk mengemukakan cadangan yang dapat memastikan belanjawan yang dibentangkan kelak benar-benar menepati keperluan rakyat serta membawa negeri Pahang ke arah yang lebih makmur dan sejahtera. 

    Walaupun sesi Retreat Belanjawan telah selesai, proses ini masih belum muktamad kerana beberapa sesi pemurnian akan diteruskan sehingga pembentangan belanjawan hujung tahun ini.

    Justeru itu, rakyat Pahang digalakkan untuk berkongsi pandangan mereka menerusi pautan 

    Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus mendengar suara rakyat, kerana Belanjawan Pahang 2026 adalah milik dan untuk semua.

    The post Aplikasi PahangGo Cipta Rekod MBOR, Paling Banyak Ciri Untuk Rakyat! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah