30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nabila Huda Ingin Kasih Sayang Ayah, Jijik Dengan Panggilan ‘Ibu Tiri’ – ‘Kami Anak Beranak Okay, Perempuan Itu Yang Masalah’

    Shopee Sale



    Pelakon Nabila Huda akui hubungan dengan ayahnya yang merupakan seorang penyanyi rock lagenda iaitu Amy Search dalam keadan baik, namun, dihalang oleh perasaan cemburu ibu tirinya.

    Jijik dengar nama ibu tiri

    Ketika ditemui , pemilik nama Nabila Huda Suhaimi memberi reaksi jijik apabila ditanya mengenai dakwaan ibu tirinya menjadi punca hubungan bersama ayah terlerai.

    Orang ingat saya asyik bergaduh dengan papa. Kami sentiasa okay dan tiada pergaduhan besar. Cuma, masalahnya ‘si polan’ (ibu tiri) itu.

    Saya minta maaf, rasa nak muntah dengar status itu (ibu tiri). Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama papa saya, Suhaimi Abdul Rahman.

    Mungkin saya boleh panggil ibu tiri. Segala apa yang berlaku, saya boleh cakap ‘perempuan itu’.

    Nabila berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Gayong di Mid Valley pada Selasa.

    MENARIK:  Iddin Ramli Mohon Tidak ‘Judge’ Jemaah Balik Selepas Solat Isyak – ‘Tarawih Itu Sunat’

    Saya tahu segalanya

    Berkongsi lebih lanjut, Nabila memaklumkan bahawa dia mengetahui segala yang terjadi dan menggesa ibu tirinya untuk berhenti meneruskan perancangannya.

    Wahai ‘perempuan itu’ saya nak awak tahu, saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya.

    Jadi, berhentilah buat apa yang awak sedang buat sekarang. Kita ini tak kisahlah status tinggi mana, apa yang penting adalah adab.

    Untuk pengetahuan awak, satu industri bencikan awak. Semua orang tak selesa dengan awak.

    Dalam pada itu, pelakon filem ‘Rahsia’  akui hanya memerlukan kasih sayang seorang bapa dan berharap agar ibu tirinya segera membuat sifat cemburu dalam diri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah