Pendakwah selebriti dan personaliti media sosial, Iddin Ramli, memberi peringatan agar tidak menilai individu yang hanya mengerjakan solat fardhu tanpa tarawih.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebaik Nabi Pun Ada Orang Tak Suka’ – Iddin Ramli Kongsi Cara Tenang Hadapi Kebencian Manusia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pegang Tangan Dia, Sama-Sama Masuk Syurga’ – Iddin Ramli Tegaskan Suami Perlu Bimbing & Lindungi Isteri
Solat tarawih itu sunat

Menerusi teguran yang dimuat naik di Threads, Iddin Ramli atau nama penuhnya Muhammad Iddin Ramli, 29, menasihati orang ramai agar lebih berfikiran positif apabila melihat jemaah pulang selepas selesai solat Isyak di masjid.
Tambah Iddin, individu beragama Islam seharusnya lebih memberi tumpuan untuk memperbaiki diri sendiri agar dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Solat tarawih itu sunat.
Kalau nampak ada yang terus keluar masjid selepas solat Isyak, jangan pandang pelik atau menyangka orang tersebut malas.
Boleh jadi dia solat tarawih di rumah.
Fokuslah pada ibadah sendiri dan memperbaiki diri sendiri ya.
Jangan mudah menghukum




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Iddin agar tidak mudah menghukum tindakan seseorang. Selain itu, warganet turut berkongsi pengalaman sendiri semasa menjalani solat tarawih.
Sumber: Threads @iddinramli
The post Iddin Ramli Mohon Tidak ‘Judge’ Jemaah Balik Selepas Solat Isyak – ‘Tarawih Itu Sunat’ first appeared on OHBULAN!.





