28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nabil Mahir Terkejut Ulat Maggot Melekat Di Leher – ‘Lalat Beranak Ke Apa Ni?’

    Shopee Sale

    Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir, berkongsi satu pengalaman menggelikan apabila menemui ulat maggot hidup di lehernya ketika sedang bersantai di sebuah kafe.

    Artikel Berkaitan: Nabil Mahir Tak Bagi Ayda Jebat ‘Ikat Peranakan’ Sebab…

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Mahir Mohon Maaf, Akui Tersalah Cakap – ‘Saya Nak Cakap Bersungguh Bukan Berpeluh’

    Leher gatal

    View this post on Instagram

    A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

    Kejadian itu dikongsikan oleh Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 37, menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagram miliknya.

    Menurut Nabil, pada mulanya dia hanya sedang berehat sambil minum kopi sebelum secara tiba-tiba terasa sesuatu di bahagian lehernya.

    Aku tengah lepak minum kopi elok je, tiba-tiba rasa gatal di leher.

    Sapu je terus nampak… Manggots. Lalat tu datang ‘drive-by’ beranak ke apa ini.

    Larva kecil

    Selepas mengesat bahagian lehernya, Nabil terkejut apabila mendapati objek tersebut adalah ulat maggot yang masih hidup dengan kuantiti yang agak banyak.

    MENARIK:  ‘Lepas Beranak Memang Macam Miss World Terus Ke?’- Intan Najuwa

    Dia turut berkongsi klip video yang memaparkan seekor lalat yang kelihatan sedang ‘melahirkan’ ulat maggot hidup, berbeza dengan lalat biasa yang bertelur.

    Difahamkan, lalat tersebut juga dirujuk sebagai ‘flesh fly’ atau lalat daging di mana ianya lebih berbahaya berbanding lalat hijau kerana ia membiak dengan cara melepaskan larva hidup, bukannya telur.

    Aku tak ‘sign up’ untuk jadi rumah bersalin okay.

    Korang rasa lalat tu buat apa sebenarnya?

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Nabil Mahir Terkejut Ulat Maggot Melekat Di Leher – ‘Lalat Beranak Ke Apa Ni?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah