30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Misya Mazlan Meminta Klarifikasi daripada Tuan Badan, Ahmad Aslam Enggan Berkomentar Mengenai Dakwaan Berkahwin dengan Marissa Dania

    Shopee Sale



    Sehingga ke hari ini, dakwaan mengenai anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Thailand masih masih belum terjawab.

    Aslam ‘no comment’

    Terbaharu, pihak Melodi berjaya mendapatkan isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan di sebuah pusat beli-belah bagi mendapatkan komennya berhubung dakwaan tersebut.

    Walau bagaimanapun, Misya tidak mahu mengeluarkan sebarang komen dan meminta pihak media untuk bertanyakan sendiri mengenai kesahihan tersebut daripada Aslam.

    Saya tak ada apa-apa nak komen, saya rasa lebih baik kalau tanya tuan badan sendiri.

    Dalam pada itu, wartawan Melodi dilihat berjaya menerjah dan menemu bual Aslam berhubung isu tersebut namun, jejaka berkenaan juga memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.

    Namun, Aslam meminta agar pihak media memberikannya ruang dan masa untuk menjelaskan perkara tersebut.

    Saya minta mana-mana pihak media untuk berikan saya ruang dan masa untuk saya jelaskan.

    Mengenai dakwaan sudah berkahwin itu saya ‘no’ komen.

    Aslam yang berada di dalam sebuah kereta berwarna putih kemudiannya dilihat berlalu pergi meninggalkan pasukan Melodi.

    Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Aslam dan Marissa sudah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

    MENARIK:  Awie Menjadi Pengarah Filem Rebel Dibintangi Ben Amir & MK K-Clique, Duduk Di Kerusi Penuh Tanggungjawab

    Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi .

    Sekadar info, Marissa sebelum ini juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.

    Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

    Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

    Video

    " data-video-id="7339411230186016001">
    @melodiberapi Ini jawapan suami Marissa!! #meloditv3 #aslam #mariisa #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok #wedding #marissadaniahakim #fyp??viral ? original sound – Melodi tv3

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah