Seorang individu yang merupakan anak sulung meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa adik beradik tidak menghargai pengorbanannya menjaga sejak kecil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bonding’ Johan & Anak Sulung Raih Perhatian, Netizen ‘Salute’ Cara Didikan – ‘Susah Anak Lelaki Nak Rapat Dengan Ayah’
Artikel Berkaitan: Warga Emas Nekad Akhiri Hayat Ibu Usia 100 Tahun Kerana Terbeban & Penat Mengurus
Beban anak sulung
Menerusi luahan yang dikongsi menerusi panggilan di radio Kool Fm, individu terbabit akui kesal dengan sikap kesembilan adik beradiknya.
Dakwa pemanggil yang dikenali sebagai Siti, dia hanya diperlukan ketika senang dan disisihkan sewaktu dirinya diuji masalah kewangan.
Saya anak sulung daripada 10 orang adik beradik.
Jarak memang dekat, selang setahun. Kami 7 orang perempuan dan 3 orang lelaki.
Tanggungjawab itu memang sangat terasa. Sebab ibu bapa saya kerja dan nak upah pengasuh mahal.
Masa saya tingkatan 1, saya kena jaga tiga orang adik.
Bila meningkat usia, apa-apa tolak pada saya. Di usia 30an ini saya diuji dengan masalah kewangan.
Bila senang, mereka cari saya. Tapi bila saya susah, rasa susah sangat nak dapatkan bantuan.
Paling saya terasa apabila mereka ada group istimewa tanpa saya.
Sementara itu, individu terbabit nekad untuk tidak mengambil kisah ekoran isu antara adik beradik sekali gus menjaga emosi sendiri demi kesejahteraan hidupnya.
Sekarang ini saya ambil keputusan untuk hanya menjaga emosi saya.
Saya dah tak fikir tentang disisihkan. Bila ibu bapa tanya keadaan saya, baru saya jawab.
Sumber: TikTok @koolfmmy
The post [VIDEO] ‘Mereka Buat Group Istimewa Tanpa Saya’ – Anak Sulung Kesal Dengan Sikap Sembilan Beradik first appeared on OHBULAN!.




#MalaysiaDahKool

