Pempengaruh media sosial, Mekyun meluahkan rasa berang terhadap kenyataan pempengaruh media sosial sensasi, DMA Islam yang mendakwa semua wanita hanya perlu mengurus rumah dan menurut saja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mekyun Pernah Ada Kekasih Melayu, Dedah Suka Lelaki Tinggi & Berhidung Mancung
Artikel Berkaitan: Mekyun Berbusana Merah Di Acara ‘Red Carpet’ AJL39, Netizen Puji Persis Seperti Siti Saleha
‘Wujud lagi lelaki macam ini?’

Pemilik nama Wee Yun Nee, 28, berkata wanita pada masa kini mampu membina kerjaya sendiri, menguruskan keluarga dan menyumbang kepada ekonomi rumah tangga.
Menurut Mekyun juga, wanita mampu menjaga kesejahteraan emosi dan mental anak serta suami dan dalam masa yang sama tetap mampu menjaga diri sendiri.
Lelaki dengan mentaliti macam ini lah punca ramai perempuan hilang hormat dekat lelaki.
Ingat, perempuan bukan pembantu rumah dan kerja kangkang saja. Perempuan juga bukan objek dan hamba.
Lelaki yang ada pemikiran macam itu bukan alpha dan pemimpin. Itu adalah definisi lelaki yang insecure dan takur wanita lebih hebat dari ego dia sendiri.
Berhenti menormalisasi pemikiran dan idea yang merendahkan kaum wanita.
Terdahulu, DMA Islam mendakwa wanita hanya perlu melakukan kerja di rumah dan ‘mengangkang’ selain menurut cakap suami.
Dakwanya lagi, suami yang melakukan kerja rumah atau membantu isteri dianggap bertentangan dengan sifat kelelakian.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] ‘Mentaliti Ini Punca Perempuan Hilang Hormat Dekat Lelaki’ – Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam, Dakwa Wanita Hanya Kemas Rumah & Mengangkang first appeared on OHBULAN!.





