30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Dubai Ceraikan Suami Dengan Talak 3 Menerusi Posting Di IG

    Shopee Sale



    Puteri Sheikha Mahra

    Anak Perdana Menteri UEA dan penguasa Dubai, Mohammed Rashid Al Maktoum iaitu Puteri Sheikha Mahra bertindak menceraikan suaminya Sheikh Mana Al Maktoum menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

    Cerai talak 3

    Puteri Sheikha Mahra

    Menerusi hantaran tersebut, Puteri Sheikha mendakwa suaminya terlalu sibuk dengan urusan lain yang menjadi punca dia ingin berpisah.

    Wahai suami, memandangkan awak sibuk dengan beberapa hal lain, dengan ini saya mengisytiharkan perceraian kita.

    Saya ceraikan awak, saya ceraikan awak dan saya ceraikan awak.

    Sementara itu, menerusi laporan CNBC, keputusan tersebut telah membawa kepada perceraian talak tiga secara verbal kerana Puteri Sheikha menyebut ‘saya ceraikan awak’ sebanyak tiga kali.

    Bagaimanapun sehingga kini, masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaaan UAE berhubung perkara tersebut.

    MENARIK:  Konsert Paling ‘Happening’ Buat Pengunjung Mahu Lagi! U Mobile Bakar Panggung Jom Heboh Sabah

    Selain itu, Puteri Sheikha juga dilihat sudah memadam foto bersama suami yang sebelum ini dikongsikan di Instagram.

    Imbas kembali, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dalam sebuah majlis yang penuh gilang-gemilang dan serba mewah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah