Selebriti media sosial dan pelakon, Mek Yun berkongsi momen berharga apabila impian membeli rumah pertama akhirnya tercapai.
Artikel Berkaitan: Mek Yun Terkejut Gambar Sekolah Jadi Sasaran Eksploitasi S*ksual
Artikel Berkaitan: Mek Yun Bantu Fahamkan Soal Ibadah Korban – ‘Sembelihan Bukan Secara Kejam’
Rumah pertama
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mek Yun atau nama lengkapnya We Yu Nee dilihat teruja mengelilingi setiap sudut dalam rumah barunya.
Dalam pada itu, Mekyun sempat menitipkan pesanan buat para wanita untuk sentiasa berusaha sendiri tanpa mengharapkan duit pasangan.
Harini satu lagi pencapaian besar untuk saya.
Saya beli rumah pertama. Tak sabar nak hias rumah baru.
Saya tak sabar nak kongsi perjalanan rumah baru ini dengan korang. Saya sangat gembira dan bangga dengan diri sendiri.
Saya nak pesan untuk semua perempuan dekat luar sana, kita tak perlu tunggu suami sediakan rumah untuk kita.
Kalau boleh, mula menabung dari sekarang. Biar kita ada rumah sendiri, ada aset sendiri. Satu tempat yang kita tahu, tak kira apa pun terjadi, kita ada tempat untuk berteduh.
Perancangan yang kita bina dengan usaha sendiri.
Tahniah Mekyun!




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kejayaan yang dicapai Mekyun apabila berjaya memiliki rumah sendiri di usia 28 tahun. Selain itu, warganet turut bersetuju untuk wanita memiliki aset sendiri tanpa mengharapkan harta suami.
Sumber: TikTok @mekyun
The post [VIDEO] Mek Yun Beli Rumah Pertama, Titip Pesanan Buat Wanita – ‘Jangan Tunggu Suami Untuk Sediakan’ first appeared on OHBULAN!.





Mekyun tak sabar nak share journey rumah baru ni dengan korang semua
Ahhhh I am so happy and proud of myself
Perempuan yang percaya dan berusaha untuk diri sendiri, dia boleh capai apa saja yang dia impikan. Okay? 


