Kumpulan alternatif rock Nastia bakal kembali menghiburkan peminat menerusi sebuah konsert eksklusif yang dijanjikan penuh dengan elemen emosi selepas lebih sedekad berkarya dan mewarnai industri muzik tempatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tidak Berpecah, Namun Pihak Ketiga Didakwa Jadi Punca Nastia Tak Sehaluan – ‘Memang Terkilan..’
Konsert ekslusif

Menerusi Nastia Project: Soul Journey, kumpulan berkenaan bakal membawa peminat menyelami perjalanan seni mereka pada 16 Oktober 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
Lebih istimewa, persembahan itu turut menampilkan dua penyanyi yang cukup sinonim dengan karya berjiwa dan penuh penghayatan iaitu Fynn Jamal serta Amir Jahari.
Kehadiran kedua-dua figura berkenaan bakal menjadikan malam tersebut sebagai sebuah pengalaman muzik yang lebih dekat dengan emosi penonton.
Peminat juga bakal disajikan dengan susunan muzik baharu, elemen visual serta produksi khas yang dirangka bagi menghidupkan konsep Soul Journey sepanjang persembahan berlangsung.
Menurut pihak penganjur, penganjuran konsert tersebut merupakan tanda penghargaan buat peminat yang terus memberikan sokongan terhadap perjalanan seni Nastia sejak awal penubuhan kumpulan itu.
Soul Journey bukan hanya berkisar tentang persembahan di atas pentas, sebaliknya menjadi medium untuk menghubungkan muzik dengan kisah dan pengalaman setiap individu yang hadir.
Dengan gabungan Nastia, Fynn Jamal dan Amir Jahari, konsert yang bakal berlangsung Oktober depan itu pastinya menjadi antara acara yang tidak wajar dilepaskan khususnya buat peminat muzik tempatan.
Bagi yang mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut, tiket Nastia Project: Soul Journey boleh didapati menerusi platform rasmi Ticket2U dengan jumlah tempat duduk yang terhad.
The post Nastia, Fynn Jamal & Amir Jahari Bakal Satukan Jiwa Dalam Konsert Eksklusif Oktober Ini! first appeared on OHBULAN!.





