26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Madammu ‘Stres’ Naik Kapal Terbang, Risau Fikir Nasib Anak-Anak – ‘Kalau Apa-Apa Jadi Pada Saya & Suami, Siapa Nak Jaga Mereka’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu mendedahkan dirinya tertekan apabila berada dalam kapal terbang.

    Takut naik kapal terbang

    " data-video-id="7495657227672489224">
    @fara.aen.n0035429 Memang takut naik kapal terbang ni? #madammu #noir #pengalaman ? original sound – fara aen noir

    Menerusi potongan klip dari siaran langsung TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid berkongsi pengalaman penerbangan ketika keadaan cuaca kurang baik.

    Menurutnya, keadaan jantungnya berdegup laju akibat pergolakan yang berlaku ketika penerbangan ke Uzbekistan.

    Saya paling tak suka naik flight.

    Itu benda yang paling buat saya tertekan. Saya rasa nyawa saya melayang-layang.

    Walaupun balik Kelantan 45 minit saja kalau naik kapal terbang, saya tetap akan gunakan kereta.

    Haritu saya pergi Uzbekistan, keadaan cuaca tidak baik.

    Masa kapal terbang itu langgar awan, saya terangkat ke kiri dan ke kanan. Ketika itu, saya rasa jantung dah hilang.

    ‘Siapa nak jaga anak-anak kalau saya tiada?’

    Berkongsi lebih lanjut, pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty terus memikirkan nasib anak-anak di rumah selepas berdepan dengan pergolakan atau ‘turbulence’.

    MENARIK:  Isteri Tak Puas Ketika Hubungan Intim, Adakah Suami Dikira Berdosa?

    Ujarnya, tidak semua mampu untuk membesarkan anak yang bukan dari kandungan mereka.

    Masa itu, saya dah fikir anak-anak di rumah.

    Kalau apa-apa jadi pada saya dan suami, siapa nak jaga meraka.

    Anak saya dah la ramai.

    Tak semua boleh terima anak orang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah