
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian apabila bertindak melukis tahi lalat di pipi kirinya semasa sibuk menjual barang solekan.
Aliff Islam
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Aliff dilihat sedang bersolek sambil menjual barang solekan milik perniagannya di siaran langsung TikTok.
Bagaimanapun, potongan klip yang dimuat naik itu meraih perhatian apabila Aliff menyerupai pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.
Tidak berhenti disitu, Aliff berseloroh mengatakan nilai tahi lalat yang dilukis itu berjumlah RM1.5 juta.
Nama saya Aliff Islam.
Terdahulu, Datin Rebecca Nur Al-Islam, tampil mempertahankan diri selepas mendakwa difitnah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya, usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim.





