
Pelakon, Linda Hashim mengakui sudah empat bulan tidak tinggal sebumbung bersama suaminya, Beego.
Beri jumpa anak

Meskipun begitu, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim memaklumkan dia tetap memberi peluang kepada Beego untuk berjumpa dengan anak-anak.
Kami sudah empat bulan tidak duduk bersama. Tetapi saya ada bagi peluang untuk dia (Beego) berjumpa dengan anak-anak.
Saya tak pernah halang dia untuk jumpa anak.
Linda berkongsi perkara tersebut ketika usai sebutan pertama kes penceraiannya di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Anak beri semangat

Ketika ditanya perihal anak-anak, pelakon filem ‘Rasuk’ itu memaklumkan bahawa anak sulungnya iaitu Jelita Clarissa mengetahui akan masalah rumah tangganya bersama Beego.
Anak yang pertama sudah tahu (mengenai cerai). Malah dia bagi semangat dan kekuatan dekat saya.
Terdahulu, proses sebutan pertama kes penceraian melibatkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego terpaksa ditangguhkan pada 6 Mac depan susulan ketidakhadiran Beego.
Penangguhan itu dibuat selepas pihak mahkamah tidak dapat menyerahkan notis tuntutan kehadiran Beego.
Sebelumnya, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023 lalu, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.





