27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lagu ‘Kasih Kekasih’ Pernah Diharamkan Kerana Didakwa Melalaikan 

    Shopee Sale

    Lagu nyanyian kumpulan nasyid terkenal, Inteam yang berjudul ‘Kasih Kekasih’ sememangnya tidak asing dalam kalangan peminat nasyid tanah air.

    Namun begitu, pasti ramai yang tidak tahu mengenai kisah lagu ini yang pernah berdepan dengan fasa kontroversi sehinggakan dilarang untuk dinyanyikan dalam mana-mana acara.

    Artikel Berkaitan: ‘Situasi Yang Berlaku Kepada Inteam Sekarang, Anak-Anak Baru Kenal Kami’

    Pernah diharamkan

    View this post on Instagram

    A post shared by Inteam (@official_inteam)

    Menurut ahli kumpulannya iaitu Syah atau nama lengkap Mohd Syahril bin Abdul Khalid, lagu tersebut pernah diharamkan sekitar tahun 1990-an kerana bait liriknya yang dianggap sebagai melalaikan pendengar.

    Ada bait lagu ‘Kasih Kekasih’ jelas menunjukkan tentang percintaan dan yang berbahanya jika percintaan itu berlaku sebelum diijabkabulkan.

    Tetapi ada nasihat di dalam lirik itu iaitu, ‘Sebelum diijabkabulkan, syariat tetap membataskan’.

    Di sebalik tularnya lagu ini, ia pernah diharamkan dan tidak dibenar dipersembahkan dalam mana-mana acara kerana liriknya dianggap lagha.

    Seperti di universiti dan masjid, mereka kata, ‘Lagu ini jangan nyanyilah takut melalaikan penonton’.

    Mungkin daripada 99 lagu yang kami ada, satu ini dilabelkan sebagai melalaikan tetapi kami tetap menyelitkan tentang pentingnya cinta kepada Ilahi.

    Cinta itu merupakan satu fitrah tetapi yang hakikinya bila kita kaitkan dengan cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

    Syah berkongsi perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik ke platform YouTube ‘ML Studio’.

    MENARIK:  ‘Muzik Menyatukan Dua Buah Negara’ – Melly Goeslow

    Mesej lagu ‘Kasih Kekasih’

    Menerusi perkongsian yang sama, Syah menegaskan bahawa mesej utama lagu ini hanyalah untuk mendidik pendengar mereka supaya tidak terpesong dalam percintaan, sebaliknya jadikanlah cinta itu sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ‘Kasih Kekasih’ ialah nak memaklumkan bahawa Islam tidak melarang perkara itu (cinta) tetapi ia perlulah menuju ke hari yang bahagia.

    Hari bahagia itu pula ada susur galur dia dan tuntutan syariah yang perlu dipatuhi.

    Ikut dan dalami apa yang agama telah tunjukkan kepada kita, kena ikut jalan yang betul iaitu diijabkabulkan.

    Sekadar info, Inteam bakal tampil menerusi ‘Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun’ yang akan diadakan di Idea Live Arena, 3 Damansara pada 28 September ini.

    Sumber: YouTube ML Studio

    The post [VIDEO] Lagu ‘Kasih Kekasih’ Pernah Diharamkan Kerana Didakwa Melalaikan  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah