27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Muzik Menyatukan Dua Buah Negara’ – Melly Goeslow

    Shopee Sale

    Kehadiran 8,000 penonton yang hadir merupakan satu bukti jelas kejayaan Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Boleh Kawal Apa Orang Komen & Cakap Pasal Saya..’ – Melly Goeslaw

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Bakal Lancar Lagu Duet Bersama Fabio Asher Ciptaan Melly Goeslaw, Peminat Luah Rasa Teruja – ‘Confirm Mega!’

    Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite

    Kredibiliti Melly Goeslow sebagai Ratu Muzik Indonesia tidak usah disangkal lagi apabila seluruh penonton yang mengisi ruang Axiata ‘sing along’ dari awal sehingga akhir konsert selama dua jam setengah.

    berkesempatan menjadi saksi kepada kejayaan Melly menerusi konsert yang dianjurkan oleh Icon Entertainment itu. Jom semak 10 momen menarik sepanjang acara berlangsung.

    #1. Peminat ikut tema

    Peminat yang hadir tidak mahu melepaskan peluang untuk mengikut tema konsert iaitu ‘Prom Nite’. Ramai peminat wanita dilihat mengenakan baju gaun berkilau sementara yang lelaki dilihat kacak bergaya dengan persalinan suit.

    #2. Tenaga Melly

    Meskipun usia sudah menginjak 51 tahun, namun energi dan momentum persembahan yang dipamerkan Melly seperti remaja. Langsung tidak kelihatan penat, lebih-lebih ketika lagu rancak disampaikan. Hebat betul!

    #3. Lagu hits

    Lebih 20 buah lagu hits nyanyian dan ciptaan Melly telah disampaikan, antaranya Hanya Memuji, Tentang Seseorang, Suara Hati Seorang Kekasih, Sampai Ku Menutup Mata, Jika, Gantung, Cinta Sejati, Lets Dance Together, Tak Tahan Lagi, Bimbang, Denting, Dimana Malumu dan banyak lagi.

    #4. Dedikasi penyanyi tanah air

    Berbeza dengan dua konsert sebelum ini, Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite, Melly mendedikasikan segmen istimewa kepada tiga ikon tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search dan Aishah.

    Melly telah menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu (Siti), Isabella (Search) dan Janji Manismu (Aishah). Lebih mengujakan apabila penyanyi asal iaitu Siti dan Amy turut hadir memeriahkan konsert.

    #5. Rangga baca puisi

    MENARIK:  Intan Najuwa Tunai Janji, ‘Terbangkan’ Keluarga Pembantu Dari Filipina Ke Kuala Lumpur Sambut Krismas

    Melly hampir membuatkan 8,000 penonton diserang ‘histeria’ apabila menerbangkan aktor popular, Nicholas Saputra pada malam tersebut.

    Sentiasa kelihatan tampan, Nicholas sempat membacakan sebuah puisi sekali gus mengimbau kembali fenomena yang dicetuskan menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta. Tapi ramai tak puas tengok Rangga!

    #6. Muzik menyatukan

    Melly sempat berucap mengatakan dirinya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menerima baik muziknya.

    Menurutnya, meskipun terdapat perbezaan bahasa antara Indonesia dan Malaysia, namun muzik telah menyatukan dua negara ini menjadi sahabat baik. Kita serumpun!

    #7. Tiga penonton ‘broken’

    Dalam ribuan penonton, ada tiga penonton wanita yang bertuah apabila dipanggil naik ke atas pentas berkongsi kisah putus cinta mereka.

    Paling menyakitkan apabila salah seorang daripada mereka berkata, dia telah ditipu oleh bekas kekasihnya yang sudah bertunanng dengan perempuan lain, tergamak ek!

    #8. Aina Abdul pelengkap

    Konsert tersebut turut diserikan dengan penyanyi undangan, Aina Abdul yang menyampaikan lagu ‘Cinta’ dan ‘Hey Ladies’. Betapa hebatnya seorang Aina apabila lagu Cinta yang asalnya duet (Melly dan Krisdayanti) disampaikan secara solo dengan begitu merdu.

    #9. Artis yang hadir

    Selain Siti dan Amy, turut hadir memberi sokongan kepada Melly adalah Nur Fazura, kumpulan Elite dan Datuk M. Nasir.

    Turut mencuri tumpuan beberapa selebriti tersohor dari seberang yang hadir iaitu Datuk Seri Rossa dan Raffi Ahmad.

    #10. 3 busana

    Selain karya hebat yang sering menjadi siulan, Melly juga sering tampil dengan fesyen ‘pelik’ yang bikin penonton teruja. Melly telah menggayakan tiga busana yang semua mempunyai elemen berkilau.

    The post ‘Muzik Menyatukan Dua Buah Negara’ – Melly Goeslow first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah