30.6 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kilafairy Teringat Arwah Rohana Jalil, Hampir Batal Persembahan Di Konsert Udit Narayan – ‘Dia Tak Boleh Buat Tanpa Ibunya’

    Shopee Sale



    Pelakon Kilafairy tidak dapat menahan air mata ketika menyaksikan konsert selebriti Bollywood terkenal, Udit Narayan kerana terkenang arwah ibunya yang juga penyanyi, Rohana Jalil.

    Kenang arwah ibu

    " data-video-id="7453880085565918472" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @izaraaishahofficial

    ?? love you always @Kilafairy

    ? suara asli – Younita – Younita

    Momen tersebut telah pun dirakamkan oleh teman baiknya iaitu aktres jelita Izara Aishah.

    Izara menerusi hantaran di TikTok mendedahkan Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan hampir membatalkan persembahan di konsert tersebut.

    Dia membesar dengan lagu-lagu Udit Narayan bersama ibunya.

    Salah satu sebab dia hampir batalkan persembahannya di atas pentas kerana katanya dia tidak boleh buat ibunya.

    Saya tidak tahu nak beri reaksi apa. Sayang awak selalu.

    Perkongsian netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat tangisan Kilafairy berikutan ia turut menggamit memori mereka bersama insan tersayang ketika mendengar lagu-lagu Bollywood.

    Saya membesar dengan kaset dan CD lagu Udit bersama ayah. Saya termenung sekejap, menangis sakit..terlalu rindu.

    Lagu-lagu Bollywood ini memori ketika kecil dengan keluarga. Sedih teringat semua kenangan manis dulu-dulu dan pada orang yang pergi selamanya.

    Saya tak boleh bayangkan kalau saya di tempat Kilafairy sebab ibu saya pun kongsi memori yang sama seperti ini.

    Sekadar info, Kilafairy dan Syamel telah menjayakan persembahan pembukaan bagi konsert Udit Narayan Live in Malaysia yang berlangsung di Mega Star Arena pada Sabtu.

    MENARIK:  Keith Foo Semakin Romantis, Ungkap Kata-Kata Cinta Buat Riena Diana

    Imbas kembali, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah