25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keith Foo Semakin Romantis, Ungkap Kata-Kata Cinta Buat Riena Diana

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, pelakon Keith Foo mengungkap perasaan cintanya kepada teman wanita, Riena Diana menerusi kata-kata manis yang dikongsikan di media sosial.

    Kata-kata romantis Keith Foo

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Keith atau nama lengkapnya  Foo Chuan Chin, 42, meluahkan rasa syukur atas kehadiran pelakon Riena yang telah memberi ‘sinar’ baharu dalam hidupnya.

    Ada ketika saya terfikir tentang perkara kecil yang awak lakukan membawa perubahan dan saya bersyukur.

    Bukan itu sahaja, pelakon drama Layang Layang Perkahwinan ini juga bersyukur dan menghargai segala kenangan dan memori yang mereka cipta bersama.

    Setiap detik yang kita luangkan bersama, nasihat yang awak beri atau kehadiran awak begitu bermakna bagi saya.

    Hidup saya bertambah indah bila ada awak dan saya bersyukur dengan semua memori kita cipta bersama.

    Awak membuatkan hidup saya lebih bermakna dan saya harap awak tahu betapa saya menghargai awak walaupun saya tidak menunjukkannya.

    Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, suatu hari nanti.

    MENARIK:  Terbuka Kepada Pelajar Umur 15 Hingga 25 Tahun, YouthSAYS Jemput Penulis Muda Untuk Kongsi Pendapat, Artikel & Penulisan Kreatif

    Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah