32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kieda Crepe Terharu Suami Hadiahkan Gelang Emas Di Makkah – ‘Maafkan Saya Yang Masih Gagal Jadi Isteri Terbaik’

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Kieda Crepe meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Hilmi Zaki menghadiahkannya seutas gelang emas sempena dengan ulang tahun kelahirannya pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Umum Hamil, Kandungan Masuk Trimester Ketiga – ‘Allah Hadirkan Zuriat Saat Aku Reda Semuanya’

    Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’

    Terharu

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra berkongsi perasaannya yang tersentuh dengan kejutan yang diberikan.

    Menurut Kireda, momen itu menjadi lebih bermakna kerana hadiah berkenaan diberikan ketika mereka berada di Makkah.

    Buat suamiku, maafkan saya yang masih gagal jadi isteri terbaik.

    Semoga hidupmu sentiasa baik-baik. Kamu baik, saya saja yang masih banyak kurang. Maafkan saya.

    Ya Allah berkatilah rezeki suamiku, berikan dia kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan.

    Dalam perkembangan lain, Kieda juga dikatakan bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Nurhaliza Sebak Kongsi Maksud Kiasan ‘Bunga Melur’ Arwah Bapa – ‘Saya Asal Dari Kampung, Pertaruhkan Bakat Allah Bagi’

    Difahamkan, usia kandungannya kini sudah memasuki trimester ketiga.

    Sekitar Ogos tahun lalu, Kieda memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Kieda Crepe Terharu Suami Hadiahkan Gelang Emas Di Makkah – ‘Maafkan Saya Yang Masih Gagal Jadi Isteri Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah