Penyanyi Aina Abdul mengakui sebak selepas tamat persembahan di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 kerana merasakan gagal mengharumkan nama Malaysia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Terima Sokongan Sebesar Ini, Terima Kasih Semua’ – Aina Abdul
Artikel Berkaitan: ‘Segala Yang Dipersembahkan Bukan Atas Kehendak Sesiapa, Itu Karya Saya’ – Aina Abdul
‘Menang atau kalah tetap salah’

Ketika ditemui , pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, 33, tidak menafikan bahawa dia pernah terlintas tanggapan bahawa ada pihak yang berasa gembira dengan kekalahannya di pertandingan berprestij itu.
Saya menangis sebab rasa saya gagal dan semua orang tahu, nama saya jika menang atau kalah tetap salah.
Ramai yang menyokong dan ramai juga yang mengkritik saya. Ketika itu saya fikir, ramai yang gembira melihat saya kalah.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sempena pembabitannya menerusi Eurovision Song Contest Asia 2026 di Balai Berita Bangsar, pada Khamis.
Bagaimanapun, pelantun lagu Kamu itu menyangka menerima maklum balas positif selepas tamat pertandingan bukan sahaja daripada rakyat Malaysia malah luar negara.
Jadi selepas daripada Eurovision, saya terkejut tengok ramai yang beri maklum balas positif dan sokongan yang saya tak terfikir seperti ada peminat dari negara lain.
Mengulas lanjut mengenai pemilihan lagu di pentas Eurovision, Aina sedar bahawa karya tersebut mungkin tidak menepati cita rasa semua pihak, namun percaya dengan kekuatan Bluest Sky.
Saya tahu bila mempertaruhkan Bluest Sky, bukanlah pilihan yang boleh diterima semua orang.
Mungkin ia bukan formula terbaik untuk bersaing di pentas Eurovision. Tapi saya membawa identiti sendiri, itulah diri saya dan lagu yang hadir dalam perjalanan seni saya ketika itu.
Saya percaya itulah keputusan terbaik yang boleh dibuat. Menang dan kalah itu adat pertandingan.
Saya juga gembira melihat rakan-rakan dari negara Asia lain yang memperoleh kedudukan lebih tinggi.
Itu rezeki mereka dan kita tidak boleh mempersoalkan rezeki masing-masing.
Menerusi Eurovision Song Contest Asia 2026, Aina yang mempertaruhkan lagu Bluest Sky hasil nukilannya bersama komposer, Mac Chew mengumpul 152 markah, sekali gus menduduki tangga keempat daripada 11 peserta yang bertanding.
The post [VIDEO] ‘Ketika Itu Saya Fikir Ramai Yang Gembira Melihat Saya Kalah’ – Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.





