32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kau Malukan Kami Satu Malaysia..Kau Boleh Ganti Ke Muka, Hidung Aku Senget Ni?’ – Razmi Tempelak Aqo Imran, Nafi Berhutang?

    Shopee Sale



    Pereka fesyen, Razmi tampil buka mulut beri penjelasan susulan kenyataan jurugambar, Aqo Imran yang mendakwa telah menghalalkan hutang RM20,000 yang dibuat oleh Razmi dan rakannya, Razman.

    ‘Hutang apa pula kau halal kan?’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Razmi mempertikaikan kenyataan Aqo dan menegaskan pihaknya langsung tidak berhutang dengan jurugambar berkenaan.

    Kasihan dekat dia, sebab tu tak saman sebab nanti kau terduduk Aqo oi. Hutang apa pula kau halal kan? Cakap biar jelas.

    Celak* betul lah kau ni, kami duduk diam-diam. Kau bayar ganti rugi muka, malu, lukakan kami. Kau mampu ke? Si*al betul kau kan Aqo.

    Maaf pihak kami tiada hutang dengan dia, tolong betulkan kenyataan.

    Dalam pada itu, Razmi turut menyatakan dia memilih untuk tidak mengambil tindakan saman terhadap Aqo yang telah mengasarinya sehingga mengakibatkan kecederaan. Namun, dia berharap Aqo tidak menokok tambah cerita yang boleh mengeruhkan keadaan.

    Kau cakap senang ya nak halalkan, bila kitorang hutang kau puk*mak. Kau dah malukan kami satu Malaysia. Muka, hidung aku senget, sekarang apa yang aku hutang kau?

    Cakap baik-baik sikit ya, aku tak saman kau pun dah kira cukup bagus tau. Jangan bagi naik darah orang bulan-bulan Syawal ni, kau boleh ganti ke muka aku ni? Kau boleh bayar?

    Namun begitu, hantaran tersebut kemudiannya telah dipadam oleh Razmi.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Cover Lagu ‘Untukmu Aku Bertahan’, Komen Syed Saddiq Curi Tumpuan – ‘Terlalu Biasa Kerja Kuat, Kereta Pun Jadi Rumah Kedua’

    Sebelum ini, dalam kejadian pada Januari lalu, Razmi dan Razman dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit.

    Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.

    Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah