
Kemesraan yang ditonjolkan antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama ahli politik iaitu Syed Saddiq kian mendapat perhatian ramai.
Bella cover lagu
After so long, finally masa tengah break dapat buat 1 cover ??? Believe in miracles ?
? original sound – Bella Astillah – Bella Astillah
Menerusi perkongsian di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat sedang mendendangkan lagu Untukmu Aku Bertahan yang dipopularkan oleh Afgan.
Bagaimanapun, paling menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan Ahli Parlimen Muar itu.
Dah terlalu biasa kerja kuat sampai kereta pun dah jadi rumah kedua.
Banyak betul baju dekat tempat duduk belakang.
Tinjauan mendapati komen tersebut telah meraih lebih 57,000 tanda suka.
Doa netizen

Dalam pada itu, rata-rata warganet pula sebak mendengar lagu yang didendangkan oleh Bella dan mendakwa ianya ditujukan untuk Saddiq.
Terdahulu, Bella dan Saddiq berkolaborasi bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan. Ahli politik berasal dari Johor itu juga sebelum ini pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.





