26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kamal Adli Kongsi Video Momen Bersama Uqasha Senrose & Hawra Uqaira

    Shopee Sale

    Pelakon, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik video lama memaparkan isterinya, Uqasha Senrose dan anaknya, Hawra Uqaira meluangkan masa bersama.

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli Hanya Mengadu Pada Allah, Terus Berjuang Demi Rumah Tangga – ‘Tak Perlu Buka Aib Atau Burukkan Sesiapa’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sepatutnya Dah Ada Perancangan’ – Kamal Adli Bersendirian Tanpa Uqasha Senrose Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

    Kongsi video

    Klip tersebut merupakan potongan video siaran langsung (live) yang dibuat oleh pasangan tersebut sewaktu mereka bercuti bersama.

    Menerusi klip yang diambil daripada akaun peminatnya, ia menunjukkan detik manis apabila Kamal, 39, menyuap makanan kepada Hawra manakala Uqasha, 33, pula sedang melayani peminat yang menonton siaran langsung mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Sangka Getah Paip ‘Berbisa’, Noorkhiriah Minta Maaf Sebab Pukul Badan Fareez Fauzi Sampai Berbirat

    Sebelum ini, pelakon drama Dia Imamku itu memuat naik video Hawara di Instagram dan meluahkan rasa rindu terhadapnya.

    Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.

    Terdahulu, rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

    Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Hawra.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Kamal Adli Kongsi Video Momen Bersama Uqasha Senrose & Hawra Uqaira first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah