Pelawak Mamat Sepah meluahkan tentang perasaan sebenarnya terhadap rakan seperjuangan iaitu Jep Sepahtu meskipun mereka kini tidak lagi sehaluan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Sepahtu Nafi Bergaduh Dengan Shuib, Mamat – ‘Kalau Jumpa Boleh Je Bertegur, Duduk & Minum Sekali’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan Jep Sepahtu Untuk Rakan Sekerja Bikin Netizen Terharu – ‘Di Hari Terakhir Dapat Dengar Nama Shuib’
Rasa sayang pada Jep

Menerusi perkongsian di podcast Sementara Teman, pemilik nama Mohd Noor Murad, 40, itu kurang senang apabila nama Jep sering dikaitkan dengannya kerana menghormati kehadiran pelawak tersebut yang pernah berada di dalam fasa kehidupannya sebelum ini.
Sampai hari ini ada orang yang bercakap tentang Jep..saya tak suka benda itu.
Sebab Jep pernah ada dalam sebahagian hidup saya, macam kekasih yang putus cinta. Kau tak boleh cerita pasal kekasih aku sebab dia pernah duduk dalam hati aku.
Menurut Mamat, Jep dan Shuib sentiasa akan diingati sebagai dua figura yang istimewa, malah mereka kekal berada di dalam hatinya sehingga kini.
Tapi kalau nak bercerita tentang Jep dan Shuib, mereka sampai bila-bila di hati saya.
Memang ruang itu saya tak pernah buka untuk sesiapa. Saya terima saya kawan-kawan yang lain, tapi kami dulu pernah sama-sama bujang.
Jep pernah bekerja bersama dengan saya, zaman bujang kita kerja kilang..Shuib pun pernah kerja dengan Jep.
Tambah Mamat lagi, dia tidak mahu menggunakan nama Jep berikutan bimbang akan didakwa sekadar untuk memperoleh sensasi.
Tapi saya tak mahu kembang-kembangkan nama Jep sebab nanti orang kata saya overclaim, ‘kau nak sebut nama dia untuk view tinggi.’
Tidak sebenarnya.
Tapi kalau nak cerita tentang kasih sayang, saya dengan Shuib sayang dekat dia.
Sumber: Podcast Sementara Teman
The post [VIDEO] ‘Kalau Nak Cerita Tentang Kasih Sayang, Memang Saya & Shuib Sayang Dekat Jep’ – Mamat Sepah first appeared on OHBULAN!.





