29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Nyanyi Semula Lagu Tradisional Bukan Sekadar Trend, Iman Troye Akui Besar Tanggungjawab Bawa Pop Etnik

    Shopee Sale

    Muzik berteraskan tradisional semakin mendapat tempat dalam kalangan penyanyi generasi baharu apabila karya lama diberi nafas segar menerusi susunan dan pendekatan yang lebih dekat dengan pendengar masa kini.

    Daripada lagu rakyat sehinggalah irama pop etnik, usaha memperkenalkan semula khazanah muzik terdahulu bukan sahaja membuka ruang kepada generasi muda mengenali budaya sendiri, malah memberi peluang kepada penyanyi masa kini untuk tampil dengan interpretasi tersendiri.

    Namun, di sebalik usaha menghidupkan semula karya sebegitu, penyanyi Iman Troye berpandangan ia bukan sekadar soal menghasilkan lagu yang catchy atau mengikut sesuatu trend.

    Sebaliknya, pelantun Jung Jung Inai itu menyifatkan usaha membawa kembali lagu berunsurkan tradisional dan karya kanak-kanak terdahulu sebagai satu tanggungjawab besar.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iman Troye Raih RM2.5 Juta, Diamond Artist XO House – ‘Jung Jung Inai’ Cecah 1.5 Juta Streams

    Artikel Berkaitan: Iman Troye Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Serius Dalam Perhubungan – ‘Bila Dia Buat Perancangan & Letak Sebagai Tanggungjawab’ 

    Bawa Lagu Pop Etnik Bukan Mudah

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA hari ini, Iman berkata menghasilkan karya berkonsepkan pop etnik juga bukan sesuatu yang mudah kerana seseorang penyanyi perlu memahami lenggok, karakter dan penyampaian yang bersesuaian dengan genre tersebut.

    Saya rasa untuk membawa lagu irama tradisional dahulu kala, lagu kanak-kanak dahulu, amat berat sebab ini adalah satu tanggungjawab yang besar.

    Bila kita bawa lagu pop etnik, ini bukan perkara yang mudah. Dengar ‘pop etnik’ itu saja dah gah. Tak semua orang boleh bawa lagu pop etnik.

    Saya sendiri pun masih belajar terutama dalam lenggok dan penyampaian dalam sebuah lagu.

    Generasi Baharu Hidupkan Semula Budaya Lama

    Dalam masa sama, Iman melihat perkembangan semakin ramai penyanyi muda mengetengahkan semula elemen budaya serta lagu lama sebagai sesuatu yang positif.

    MENARIK:  Ibu Lemas Akibat Banjir, Anak Simpan Jenazah Dalam Peti Sejuk Elak Dihanyut Air

    Malah, penyanyi itu mengakui mempunyai hubungan cukup dekat dengan muzik tradisional sejak kecil, sekali gus membuatkannya teruja apabila diberi peluang merakamkan Jung Jung Inai.

    Apabila generasi baru membawa kembali budaya dan lagu-lagu lama saya rasa sangat bagus.

    Sebab itu bila saya dengar lagu Jung Jung Inai, saya rasa seronok sangat. Lagu ini begitu dekat dengan saya.

    Saya sangat suka lagu-lagu budaya Melayu. Saya suka sangat lagu pop etnik dan tradisional sebab saya membesar dengan lagu Kurik Kundi.

    Saya rasa macam mimpi sebenarnya bila dapat keluarkan lagu Jung Jung Inai.

    Identiti Asal Masih Perlu Dikekalkan

    Bagi Iman, proses memberi nafas baharu kepada karya lama juga tidak bermaksud identiti asal sesebuah lagu perlu diketepikan sepenuhnya.

    Sebaliknya, elemen asal perlu terus dipelihara sebelum disesuaikan dengan karakter penyanyi serta cita rasa pendengar masa kini.

    Saya rasa masih perlu untuk mengekalkan identiti asal sebab saya sendiri karakter begitu catchy, pop.

    Saya rasa tak lari pun dengan versi asal. Saya masih bawa karakter Iman Troye itu dalam pop etnik.

    Pendekatan tersebut memperlihatkan bagaimana karya tradisional boleh diperkenalkan semula kepada generasi baharu tanpa perlu mengorbankan akar budaya yang membentuk lagu berkenaan.

    Dalam perkembangan lain, Iman turut berkongsi perancangannya untuk terus meneroka genre tersebut dengan menghasilkan sebuah album berkonsepkan pop etnik yang dijangka dilancarkan sekitar tahun hadapan.

    Melihat kepada penerimaan terhadap Jung Jung Inai, perjalanan Iman dalam pop etnik mungkin bukan sekadar projek sekali lalu, sebaliknya membuka satu lagi sisi baharu dalam perkembangan muziknya.

    The post POV XTRA: Nyanyi Semula Lagu Tradisional Bukan Sekadar Trend, Iman Troye Akui Besar Tanggungjawab Bawa Pop Etnik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah